Thursday, December 30, 2010

Saiz coli laser Julia Perez


Hari ini media tempatan dan Indonesia masih lagi memperkatakan tentang kejayaan skuad bolasepak Malaysia, Harimau Malaya menjulang piala AFF Suzuki 2010 setelah menumbangkan pasukan Indonesia di Gelora Bung Karno. Syabas diucapkan dan inilah hadiah paling bermakna untuk rakyat Malaysia khususnya peminat sukan bolasepak. Disebalik kejayaan yang dikecapi barisan wira-wira negara, ada banyak isu-isu panas dan kontroversi yang di cetuskan oleh peminat kedua-dua negara. Isu Jupe akan memakai coli laser di GBK untuk membalas dendam keatas penyokong Malaysia juga mendapat perhatian yang bukan sedikit. Ramai yang ternanti nanti bagaimana rupanya coli berlaser itu. Bagi peminat-peminat Jupe, semestinya dah mendapat sedikit gambaran bagaimana saiz coli berkenaan. Aku pun dah bayangkan dah!

Namun itu semua gagal dijelmakan oleh ratu seksi ini. Alasannya adalah kerana tidak mahu pemain  & penyokong sang garuda beralih perhatian dari menonton bolasepak. Mungkin Gonzales tak dapat sepak bola dan penonton akan hilang tumpuan dari menyokong pasukan Garuda kalau mata asyik menengok "Laser di dadaku". "Aku urungkan niat menonton karena enggak mau mencuri perhatian dari tim 'Garuda'. Lagian penonton mau melihat bola," kata Jupe.

Aku rasa lah kan, kalaupun Jupe hadir dengan coli lasernya, keputusan perlawanan pada malam itu tidak banyak berubah. Elok lah dia tak pakai coli tu. Kalau lah dia pakai gak, nescaya ramai yang akan menuduhnya sebagai sebahagian punca kekalahan pasukan mereka. Apa kau nak jawab Julia?

Wednesday, December 29, 2010

Tips-tips Azam 2011



Pejam celik, pejam celik, lagi 2 hari kita bakal menyambut ketibaan tahun baru 2011. Apa pasal kita selalu suka sebut pejam celik-pejam celik? Dari zaman tok nenek moyang lagi kita pakai perkataan ni. Jawapan nya tu menandakan kita masih di beriNya kesempatan untuk bernafas. Kalau pejam terus, ha! Sendiri pikir la kan. Seperti kebiasaannya, perkataan yang sangat sinonim dengan tahun baru adalah tak lain dan tak bukan.AZAM. Selalu kita tanya kat member-member 
'Apa azam ko tahun ni"?
"tahun ni aku berazam nak..bla..bla..bla"

Azam adalah satu perkataan yang aku rasa membawa maksud menentukan, menetapkan, memutuskan sesuatu yang kita anggap belum kita capai. Ia juga adalah sebuah pengharapan. Aku tak pernah punya azam pada tahun baru. Pada aku,azam boleh dibuat tidak semestinya pada saat-saat menjelang tahun baru. Bulan Jun ke bulan September ke asalkan kita set satu tempoh berapa lama kita perlukan masa untuk melengkapkan sesuatu perkara itu.

Ada tak sesiapa yang bila member tanya apa azam, terus jadi blur. Tak tau pe nak jawab. Terus terang cakaplah, yang jenis ni sebenarnya tak de visi yang serius untuk tahun hadapan. Segalanya malap-malap jer. Ataupun dia tak berani nak cakap sebab bakal mengundang gelak ketawa rakan apabila dia memperkatakan tentang Azam nya.
Baik, untuk mereka yang kurang pasti apakah azam sebenar mereka, dibawah ni ada sedikit tips yang anda boleh cilok

Rio Ferdinand ucap tahniah kepada Malaysia Juara AFF Suzuki 2010


Kali Ini Pujian Rio Ferdinand buat Malaysia
Ferdinand, Ferdinand..tadi sebelum bermula perlawanan kau bukan main lagi doakan Timnas Indonesia menang ye. Bila Diorang kalah ko puji Malaysia pulak. Aku teringat seorang kawan baik yang suka tukar-tukar pasukan favorite. Kalau Manchester United juara BPL dia sokong.  Kalau Chelsea juara tahun depan, dia sokong Chelsea. Siap kutuk MU pulak. 
baca petikan akhbar tempatan Indonesia.

Steven Gerrard, Fernando Torres & Lionel Messi sokong Malaysia AFF Suzuki Cup 2010

Tersenyum aku membaca keratan akhbar tempatan Indonesia membaca tajuk dibawah. Dalam Bahasa Malaysia boleh di terjemahkan begini, peminat Rio Ferdinand di Twitter berjaya memujuk Ketua pasukan dan pertahanan Manchester United untuk memberi sokongan kepada Pasukan Indonesia. Hai! Nasib baik aku tak ada nombor  telefon & akaun Twitter Torres, Gerrard & Messi. Kalau tak, sure diorang pun aku pujuk suruh sokong Harimau Malaya. 

Rio Ferdinand Doakan Indonesia Menang

JAKARTA- Para penggemar Rio Ferdinand di Twitter berhasil membujuk kapten dan defender Manchester United (MU) itu untuk memberi dukungan terhadap Timnas Indonesia. Beberapa jam jelang laga final kedua Piala AFF 2010 melawan Malaysia, ia pun menyatakan doanya untuk kemenangan Indonesia.
"Begitu balik ke Twitter dan para tweep dari Indonesia mengingatkan saya kepada pertandingan final piala (AFF 2010) malam ini. Semoga sukses dan menangkan piala itu," tulis Rio ferdinand dalam akun Twitternya @rioferdy5, Rabu (29/12/2010) sore.

Ini dia bomoh AFF Suzuki Cup 2010

Ini airnya untuk Timnas


Tajuk utama akhbar tempatan Indonesia semalam menulis kemenangan Malaysia di Bukit Jalil pada pusingan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2010 adalah hasil bantuan dari dukun tempatan. Konon nya, berberapa pemain Indonesia mengalami gatal-gatal akibat dari perbuatan dukun dan bomoh. Penjaga gawang mereka merasakan ada sesuatu seperti serbuk kari diletakkan berhampiran tiang gol. sebelum ini kekalahan Timnas mereka kepada Harimau Malaya banyak dikaitkan dengan penggunaan laser yang dipancarkan oleh 'Ultraman' Malaysia. Apabila terbukti pancaran laser ini pertama kali digunakan oleh mereka ketika Timnas mengalahkan Harimau Malaya pada perlawanan peringkat kumpulan, alasan itu tidak lagi relevan untuk diguna pakai. Kalau betul Malaysia menggunakan taktik bomoh, dukun, pawang dan sebagainya, aku menjadi marah. Bukan kerana apa. Kerana jika benar penggunaan bomoh boleh membuatkan Malaysia boleh menang dengan mana-mana pasukan, kenapa tak digunakan sehingga Malaysia boleh melangkah ke perlawan akhir Piala Dunia.  

Nah! Kelihatan Tok Bomoh sedang menjalankan upacara penilikan perlawanan malam nanti. 

click read more untuk
  Baca petikan dari akhbar tempatan Indonesia

Tuesday, December 28, 2010

Aku Gay


Korang ingat aku GAY ke?

Dah lama aku tak check laman sosial yang satu ni. Sekarang asyik layan Facebook aja. Masa Facebook belum betul-betul hot di Malaysia ni, hari-hari aku check & update status kat laman sosial tu. Sekarang dah tak berapa nak rajin dah. Ada satu perkara yang buat aku tension kat laman sosial tu. Ramai sangat yang nak berkenalan dengan aku. Kalau perempuan tak per la, ini kebanyakannya lelaki yang berbadan sasa seperti gambar kat atas tu. Ada yang siap bagi pose diatas katil sambil memegang senjata sulitnya. Ha ha ha! Ketawa aku sorang-sorang. Mungkin bila diorang baca profile aku tertulis "single" pada diorang aku ni jenis citarasa yang sama dengan kaum diorang. Hello,aku belum khawin bukan pasal aku tak suka perempuan. Sebabnya perempuan tak suka aku. La lall la..Aku terpaksa add rakan-rakan wanita yang bergambar seksi untuk menepis andaian golongan ini. Bila orang lain check profile aku, pasti diorang ingat aku ni salah seorang lelaki durjana dalam Malaysia ni. Hai, apa-apa saja lah

Adakah korang lelaki yang

Sunday, December 26, 2010

Malaysia 3 Indonesia 0-AFF Suzuki Cup 2010


MALAYSIA 3 INDONESIA 0



Tandukan kencang Safee Sali pada minit ke 72 memastikan Malaysia memenangi perlawan Final pertama piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini dengan jarigan 3-0. Sebelum itu dia menjaringkan gol pertama pada minit ke 60 manakala gol kedua dijaringkan oleh Asaari Samsudin pada minit ke 67 melalui sepakan kencang hasil umpanan Norsharul Idlan Talaha. Dengan 2 gol dicipta oleh Safee Sali pada perlawanan itu membolehkan beliau mendahului dalam senarai penjaring terbanyak dengan 4 gol meninggalkan pemain Indonesia yang berasal dari Uruguay  iaitu Christian Gozales dengan 3 gol. Hasil kemenangan keatas Indonesia cukup bermakna kerana pasukan Malaysia akan membawa bekalan yang agak selesa untuk pertemuan kedua di Gelora Bung Karno pada 29 Disember 2010 nanti. 
Sesungguhnya jutaan rakyat Malaysia gembira

Saturday, December 25, 2010

Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010

Seramai 94,281 daripada 112,635 orang peneroka Felda seluruh negara akan menerima Bonus Insentif Produktiviti 2010. Peneroka yang menerima bonus ini terdiri dari mereka yang menghantar hasil sawit mereka ke Felda. Manakala yang lebih suka menghantar ke saluran luar hanya boleh tumpang gembira saja. 
Kata Perdana Menteri kita, Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, ini adalah bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana mereka menghantar hasil melalui Felda. Kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400 dan maksimum RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil.
Para Peneroka boleh la menuntut bonus mereka yang akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal bulan Januari 2011.





Monday, December 13, 2010

Cari Tokek jumpa mayat

Akhbar Harian Metro semalam melaporkan berita penemuan mayat seorang remaja perempuan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang di kerat 4 bahagian dan disumbat kedalam sebuah beg, oleh dua pemburu haiwan Eksotik yang sedang mencari cicak di Genting Highland. Apalah dosa si mangsa tu sampai pembunuh tu  sanggup memperlakukan sebegitu.

Bila disebut perkataan "cicak", adalah sangat tidak kena kalau kita menganggap cicak yang dicari oleh dua orang pemburu haiwan Eksotik tu adalah cicak biasa seperti dirumah kita, bukan juga Cicak Kubing, jauh sekali Cicak Man. Buat masa ini, cicak yang hangat diburu sudah tentu tak lain dan tak bukan ialah Tokek. Gambar cicak diatas diambil dari blog Helena. Binatang ni cukup hot sekarang. Sana sini sibuk cari tokek. Mahal harganya. Kalau dapat seekor pun dah boleh buat modal meniaga kecil-kecilan. Akan tetapi lumrah dunia, yang payah cari memang mahal. Kalau senang jumpa, takkan harganya sampai belas-belas ribu kan.

Teringat kata-kata seorang kawan iaitu Shukri dari Baling. Katanya manusia ni kalau mati,mayatnya lambat laun mesti dapat orang jumpa. Tengok kes selebriti yang dibunuh kejam. Mayatnya dibakar dan dicampakkan ke sungai. Tidak sampai 2 minggu berita kehilangannya, pihak Polis berjaya menemui serpihan tulang serta berjaya mengheret yang bertanggung jawab ke muka pengadilan. Kita berdoa semoga kes ini selesai secepat yang mungkin.

Monday, September 13, 2010

Rumah dah terbakar,biar je lah

Penat rasanya ni. Baru balik dari menolong memadamkan kebakaran di kedai runcit jam 11.45 malam tadi. Mujur juga malam ni hujan. Syabas untuk penduduk Jengka 13 yang perihatin.
Patutlah masa tengah syok surf internet tadi ada gangguan bekalan elektrik.Sebelum tu petir bukan main kuat lagi.
Punca sebenar belum diketahui. kemungkinan bepunca dari litar pintas. Biarlah Bomba yang siasat punca sebenar. Ini kejadian kedua dalam masa 7 hari. Dalam gambar sebelah ni kejadian yang menimpa keluarga En Rahman Dilu pada 30 Ramadhan lalu.
Ada yang kawan-kawan kata, ramainya tukang tengok. Ya la nak buat pe lagi. Lagipun bomba dah ada. Itu kerja diorang. Maksud aku, kalau kita tak arif dalam bidang ni,jangan cuba-cuba nak tunjuk hero nak padamkan api. Silap-silap padah yang dapat. Ini bukan cam bakar sampah yang kita boleh kawal dengan libas-libas pakai ranting kayu. Ahli bomba yang datang pun diorang tak padamkan terus bahagian yang telah musnah. Mereka hanya mengawal api dari merebak ke rumah berhampiran. Itu sahaja yang terdaya mereka lakukan.Lagi satu,kebanyakkan kawasan Felda tidak disediakan pili bomba seperti mana di bandar-bandar. Kalau ada, dah lama aku syorkan semua ahli persatuan belia tempatan menjalani kursus pengendalian api.

Sunday, August 8, 2010

Lena Abdullah-Bulan ditutup awan

Lagu Malar Segar pujaan

Manchester United rangkul Piala Community Shield 2010/2011


Manchester United mengalahkan Chelsea 3-1 untuk merangkul gelaran Piala Community Shield di Wembley sebentar tadi. Gol-gol United dijaringkan oleh Antonio Valencia pada minit ke 41, Javier Hernandez minit ke 76 dan Berbatov pada minit ke 90. Manakala gol Chelsea pula hasil sumbangan Salomon Kalou minit ke 83.Perlawanan ini menyaksikan pemain baru Man U dari Mexico, Javier Hernandez mempamerkan gaya menakjubkan dan ia memberi gambaran bahawa dia adalah pemain yang perlu diawasi musim ini.

Javier Hernandez menjarikan gol ke 2 untuk Manchester United

English Premier Leauge sudah bermula. Musim ni kami peminat-peminat setia bolasepak Liga Perdana Inggeris ini tidak begitu terasa sunyi kerana tempoh tamat musim 2009/2010 disulami dengan Kejohanan Piala Dunia Fifa 2010 di Afrika Selatan. Ia sedikit sebanyak menghilangkan rasa rindu kami kepada aksi-aksi menarik EPL. Pada tahun lepas, bila musim EPL tamat, aduh.. hari Sabtu terasa seperti ada yang kurang.

hari ini kedai Mamak yang aku selalu lepak ni memang menjadi tumpuan. Pukul 9 malam lagi aku dan sahabat Bro Azizi dah booking tempat duduk didepan tv. Kira macam tiket mahal la kalau kat Stadium. Ada seorang kenalan datang duduk satu meja dengan kami. Dia penyokong tegar Chelsea. Dia dari tadi kata "Chelsea kompom la menang". Bro Azizi sound kat dia, belum tentu lagi, game belum start mana kita tau. Dia tetap mempertahankan pendapatnya.

Yang aku tahan, dia fanatik sangat. Belum bola di sepak dia dah menjerit Gollll....ishhhhhh!!! Releks arr Bro. Nasib baik tak berapa lama lepas tu geng dia sampai. Gi la menjerit kat meja lain. Lega rasanya. Aku tak sokong mana-mana pasukan pun. Ramai yang menonton perlawanan hari ni memakai Jersi pasukan masing-masing. Pendek kata, Merah dengan Biru penuh dalam kedai Mamak ni. Aku sorang je yang pakai Jersey Malaysia.

Proud to be Malaysian.


Friday, August 6, 2010

Teresa Teng


The Star hari ini melapurkan sebuah Konsert sempena memperingati Ulangtahun ke 15 pemergian Penyanyi tersohor Taiwan Teresa Teng akan diadakan di Malaysia. Dia mati akibat diserang penyakit Asma ketika bercuti di Thailand. Aku tak pernah  mendengar lagu-lagunya namum yang aku pasti tahu dia sangat popular. Digambarkan popularitinya itu ibarat Deng Ziao Peng memerintah China pada waktu siang manakala Teresa Teng menguasai pada waktu malam. Begitulah kaedahnya.
Aku teringat masa kerja di Bahagian Khidmat pelanggan suatu ketika dahulu. Ketika itu semua Teknisyen dah keluar ke rumah pelanggan, datang seorang pelanggan berbangsa Cina berusia lewat 50an. Dia datang untuk menuntut Video Player yang baru dibaiki. Dia meminta aku meguji VCD samada berfungsi atau tidak. Pelanggan ini  membawa sekeping VCD Karaoke Teresa Teng untuk di cuba. Aku biarkan dia melayan jiwa dalam 30 minit berkaraoke. Dua tiga kali diulangnya perkataan  "ini penyanyi manyak Famous you know".

Musim Durian

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lama betul tak menulis dalam blog ni, itu pasal  la tajuk dia sekali sekala menaip. Hari ini aku berada di Kuala Lumpur. Sebetulnya ada kerja di Bentong, Pahang. Oleh kerana dah dekat dengan Ibukota, aku terus ke Subang Jaya berjumpa rakan-rakan lama. Sepanjang perjalanan dari Karak Highway ke sini tiada banyak masalah. Cuaca pun baik seolah-oleh merestui perjalanan aku kali ini. Di sepanjang jalan, banyak lori-lori mengangkut durian. Maklumlah sekarang musim Raja buah ni. Paling menarik di Hentian Genting Sempah ada berberapa lori buah durian di tahan Polis Trafik. Aku lihat seorang anggota trafik mengambil berberapa biji buah durian untuk dicuba. barangkali mereka membeli secara direct selling (jualan langsung). Untung peniaga durian tu, barang belum turun dari lori dah ada pembeli..

Friday, April 16, 2010

Atas garisan

Hari ni tidur paling lama rasanya..dari pukul 4 pagi tadi, terjaga jam 8.30 pagi. Perkara pertama dalam kepala ni terfikir camne kereta aku, ada ke tak de. Pagi tadi masa parking, lupa nak lock steering. Bila nampak dari jauh, fulhhhh..lega. Masih ada lagi.
Hari ni ada banyak benda nak buat. Nak survey laman web yang ada kaitan dengan Furniture repairing. Satu pun tak sentuh lagi. Asyik melayan Facebook je ni. Reply message sana sini..
Ramai kawan-kawan sedang online, padahal diorang tengah kerja. Camne situasi kat office diorang. Aku lain le. Free lance bila-bila masa je boleh online.
Seperkara aku bangga, dulu aku selalu ajar rakan-rakan sekerja tentang computer. Sekarang mereka dah advance. Kadang-kadang pukul 3 pagi masih ada yang online. Suami korang tak marah ke ha.?. Agaknya korang bagi 'ubat tido' dulu ye.

Thursday, April 15, 2010

Ketika Jari Menari Pagi


Baru saja rasanya tidur pagi tadi jam 5.30 pagi. Seketika mata terbuka melihat jam di dinding menunjukan Jam 8.30 pagi. Ahh..sudah 3 jam aku tidur. Segera aku bingkas bangun dan bersiap diri seperti biasa. Pukul 9 aku sudah berada ditempat biasa dengan kawan kawan. Ada saja perkara yg dibincangkan. Kebanyakannya hal kerja dan terkadang hal-hal yang tak perlu dibincang. Aktiviti ini berlanjutan berberapa jam. Dah berminggu minggu begitu.Aku tidak menunjukan sebarang tanda letih..jauh sekali penat. Ada saja aktivi sepanjang hari. Ada ketika aku memandu sendirian beratus kilometer.Bertemankan alam. Pemandangan indah dan irama mengasyikan.


Terfikir dalam hati,Tak penat ke aku ni, tak Normal kah aku, atau adakah aku dah bertukar menjadi Mutan atau Cyborg. Pernah ada suara berbisik..''Kau sebenarnya tidak berada dalam dunia kau yang sebenar"...tapi inilah realiti yang aku terpaksa telan sementara berada di alam yang semetara ini.

Dulu, pernah seketika aku terjatuh. Dunia dirasa tiada ruang untuk aku berdiri. Semua hitam gelita. Aku dikejar perasaan yang aku cipta sendiri. Perkara yang paling menakutkan adalah apabila sendiran.Ia mendatangi aku dengan kejam..tiada ruang nafas.Dimana kasih, dimana kawan. Hilang semua mengubur diri.Dimana tempat gembira,dimana sudut nak berkongsi duka. Setidak-tidaknya dengarkah tangisan lelaki ini. Ketika itu aku tersedar tiada siapa yang betul berada disekeliling diri kita selain Allah yang Maha Esa.

Mulai dari saat itu, tiada ruang sedih,tiada ruang duka. Tak perlu berkongsi perasaan jika bakal menyakitkan. Yang kusut tak payah dirungkai, yang benar tak usah dipertikai. Esok Dia tetap menjanjikan keseronokan yang kita tidak perlu fikir hari ini. Esok tetap esok. Hari ini adalah hari ini dan semalam biarlah semalam. Lepaskanlah............

Bungailah hidup ini dengan gelak ketawa. Hargailah setiap nyawa. Teroka la mukabumi ini sementara menuggu giliran tiba...

Wednesday, February 24, 2010

Aduhai ladang bapaku

Semalan aku berkesempatan melawat ke ladang sawit abah aku. dah berberapa kali dia ajak aku jenguk ladang tu. Katanya nak minta tolong aku ambil gambar keadaan ladang tu yang semak samun bagaikan tiada penjaga. Untuk pengetahuan semua, kami telah bersetuju menyerahkan balik kepada Felda untuk menguruskan tanam semula serta memungut hasil. Akan tetapi, setelah enam tahun berlalu, inilah hasilnya. Memang semak semacam tanpa pemerhatian dari pihak yang bertanggungjawab.


Ada berberapa pokok kalau kami nak hitung,mungkin sampai berpuluh-puluh yang tidak dipungut hasilnya. Ini mengakibatkan purata pendapatan abah aku berkurangan. Kemungkinan bonus lebihan buah yang menjadi kebangaan para peneroka juga jauh dari

Thursday, February 4, 2010

Perempuan bertudung seksi

Semenjak berjinak-jinak dalam dunia perniagaan sekarang ni, memang terasa penatnya. Sentiasa bergerak kesana kemari..tapi seronok. Salah satu cabang perniagaan yang cuba aku usahakan adalah dalam bidang fabrik dan tekstil. Kalau kita menyebut tentang fesyen, kain pasang, tudung, apalagi....kita mesti tak boleh tidak teringat Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Bonus dan Masjid India kerana disitu terdapat deretan kedai dan gedung membeli belah pakaian dan perhiasan wanita khususnya untuk kaum melayu. Aku teringat ketika kecil, setiap kali rombongan dari kampung ke Kuala Lumpur, Globe Silk Store mesti dalam list. Bangga betul makcik-makcik dapat shopping kat Globe. Sekarang tidak lagi. Globe yang dulunya gah dengan nama yang cukup besar dalam industri pakaian tekstil, kini hanya sebuah pasaraya biasa bagi aku,pada orang lain tak tau la. Tiada keistimewaanya lagi bagi aku. Dengan mudah ditenggelami oleh pengaruh dan kehebatan saingan bersebelahan. Namanya pulak sekarang Sarah Huges-Globe..dah lain owner kot. Hukum Alam, ada pasang surut.
Baru baru ni aku berada disana dengan tujuan mencari stok baru tudung dan kain pasang. Yang paling seronok kat sini apabila melihat telatah dan ragam manusia. Lagi seronok dapat tengok awek-awek cun. Mata aku semacam ada radar yang boleh mengesan wajah-wajah cute. Tu la pasal kalau aku ada awek, harap dia akan faham dan tak cemburu. Dah memang macamni, nak buat macamana..Ada Promoter sendang promote Radio 93.9FM baru lancar kot. Cun betul adik tu..Teringat sampai hari ni.

Rata-rata wanita yang aku nampak kat sini memang menarik dari segi fesyen mereka. Ada yang bergaya dan ada yang ala kadar tapi cute. Yang menarik perhatian aku sekarang ni ada fesyen wanita Melayu yang bertudung. Kalau diberi rating kat Malaysia ni, kaum apa yang paling seksi sekarang? Guess what??? Aku tak fikir orang barat. Ini kerana mereka memang selalu macam itu. Dah biasa tengok. Tapi awek Melayu bertudung... awek Melayu bertudung sekarang paling seksi sebab apa? Pakai tudung, baju sendat lengan pendek. Memang ketara aku boleh tengok size buah dada mereka. Besar kecik tegang layu. Yang tak de langsung pun ada. Seluar jean ketat dan londeh sampai nampak ***** dan seluar dalam. Macam macam jenis. Yang 3 seploh inggit pun ada. Sorry ternampak. kalau aku berjalan belakang diorang, ada yang tertarik-tarik baju yang singkat tu sebab malu kot terdedah sikit bahagian belakang. Dah tau malu pakai la baju labuh sikit. Tak payah tarik tarik dik oiii.

Ada kawan-kawan kata itu bukan seksi tapi seksa. Entah la siapa yang siksa. Pada aku tak pun. Tapi kenkadang terasa gak nak cakap kat diorang yang tudung tapi seksi ni, jangan la pakai tudung tu..simpan jer. Tapi kita ni siapa? Apa hak kita nak menidakkan hak orang lain. Biarlah mereka dengan cara mereka. Aku sendiri pun ada yang tak betul sebagai lelaki pada pandangan orang lain.

Yang nyata aku dah jatuh cinta tengok gadis-gadis melayu yang bertudung pakai baju kurung yang berkerja sebagai jurujual di sekitar Jalan TAR dan Masjid India ni. Semua cantik-cantik belaka. kalau ditakdir kan aku ada jodoh, mintak mintakla pasangan aku menarik macam diorang. Mungkin tiap-tiap minggu aku akan kesana. Sambil beli barang, cuci mata.

Wednesday, January 20, 2010

Cari Makan

Kenkadang aku terasa ingin menyerah kalah. Aku dah tak sanggup lagi buat business sendiri. Segala galanya 'aku'. Hari ini aku terfikir lebih senang berkerja makan gaji. Tarikh tamat cheque makin hampir. Masalah akaun syarikat masih belum dapat diatasi.

Sunday, January 17, 2010

Tandas Awam di Kuala Lumpur

Pagi ni aku ke Ibu Kota. Dalam perancangan untuk meninjau harga kain pasang dan tudung di sekitar Jalan Tengku Abdul Rahman. Perut tiba-tiba buat hal. Perkara macam ni selalu jadi. Asal berjalan je, mulalah ada ganguan. Sambil mata menjeling-jeling peniaga menyusun barang di Bazaar Masjid India, ternampak signboard Tandas Awam di Arked Masjid India. Tandas berada di tingkat atas. Seperti kebanyakan tandas-tandas Awam di Kuala Lumpur, 30 sen akan di caj kepada kita bilamana hendak menggunakan tandas-tandas ini. Agak lama mengunggu, aku pun bosan kerana perut ni kalau duk diam aje dia akan mengada-ngada. Aku tinggalkan tempat tu. 30 sen aku bayar hanya untuk menyedut udara yang tak berapa segar..ada je cara-cara nak rugi pagi-pagi..
Aku berjalan ke seberang Jalan tengku Abdul Rahman. Kedengaran suara yang kuat dari pembesar suara..ooo ada Pesta Jualan buku-buku. Laju aja aku ke sana. Aku pantang skit dengan buku. Tumpuan aku terjejas kerana terpandang Tandas Awam di Jallan TAR ini. Besar,bersih,cantik dan menarik AGAKNYA. Seperti biasa 30 sen dikenakan. Kali ni, tandas je cantik, sedikit bersih tapi hanya ada 4 pintu. Orang menunggu 7 orang.  Takkan nak sedut udara tak berapa segar dan bayar lagi. Oh tidak!!! Lebih baik Chow..
Aku teringat Sogo, pusat beli belah terkemuka. Mesti ada tandas punya. Tak nama shopping complex la kalau tandas tak de. Sama juga dengan dua kes tadi..bayar 30 sen, sedut udara free, beratur panjang dan akhirnya blah begitu sahaja.
Arghhhhh...malas nak layan perut ni. Aku gunakan "Ilmu wat dek je sakit". Aku layan perasaan dengan tengok baju-baju offer. Murah-murah engko! Sambil belek-belek seluar baju, terpandang tandas awan kat tingkat 2 ni. Langsung takde orang. Settle semua hal. Aman dan damai dalam ni.
Betul gak cakap sorang kawan, bila kita mencari atau berkehendak sesuatu, tak semudah itu kita akan memperolehi. Cari la dengan tidak perasaan tenang dan tidak tergesa-gesa. Nescaya kita akan dapat walaupun lambat. Betul lah tu. Cari benda lain boleh la. Kalu dah Dalam anak mata ni ada simbol tandas je apa hal..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers