Wednesday, January 19, 2011

Generasi Kedua Felda dapat 500 lot tanah - Siapa punya Idea?

Photo dari pkrpahangdm


Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak telah memperuntukan sebanyak 500 lot tanah bagi mengatasi masalah perumahan Generasi Kedua Felda di Johor. Ini adalah sebahagian dari RM1.6 Billion yang telah diluluskan kerajaan kepada Felda yang dianggarkan berjumlah RM5.8 juta. Berita ini disambut gembira oleh ribuan anak generasi kedua Felda di Johor.

Pengumunan ini bukan sahaja disambut gembira oleh masyarakat Felda malah ada berberapa pihak yang mula memperkatakan bahawa ini adalah satu umpan kerajaan untuk rakyat sempena Pilihan Raya Kecil DUN Tenang. Ada juga pihak yang menyatakan ini adalah kejayaan hasil usaha gigih oleh Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang dipimpin oleh Saudara Mazlan Aliman. Dalam Blog Tukul besi mengatakan PAS memanjat syukur kepada Allah kerana tuntutan untuk rakyat sudah di ambil berat oleh Datuk Seri Najib. Walaupun beliau mengumumkan sempena lawatan beliau ke Felda Chempelak dalam DUN Tenang. Apa yang pentingnya kerajaan sudah mula mengambil perhatian atas usaha gigih perjuangan ANAK selama ini.


Keputusan kerajaan mengambil berat masalah peneroka Felda kesan daripada kesedaran peneroka bahawa hak mereka selama ini dinafikan oleh kerajaan BN. Semuanya hasil perjuangan melalui wadah ANAK. PAS yakin keputusan ini dibuat terutama sambutan di kalangan masyarakat Felda amat menggalakkan, ditambah dengan janji 100 hari Pakatan Rakyat yang akan menghapuskan Felda Plantation

Sunday, January 16, 2011

Noorkhiriah tak layak memenangi Pelakon Drama Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2010


Hari Ahad memang masa sesuai untuk menonton tv. Petang tadi Astro Ria meyiarkan kembali Drama Antara Garisan arahan Sharulezad Mohameddin keluaran Radius One. Lakonan mantap Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Sharifah Amani . Siapa yang tak kenal dengan Noorkhiriah. Pelakon yang baru dinobatkan sebagai Pelakon Drama Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung pada 24 Disember lalu. Biarlah semua orang memuja Fasha Sandha,Erra Fazira,Umie Aida dan lain-lain, Noorkhiriah tetap pelakon pujaan ku.
Dalam kepala otak aku ni dah set dah kalau dia berlakon for sure cerita tu mesti best.Tak kira la cerita sedih,lawak atau serius,dia mampu menghidupkan wataknya dengan baik. Ada member-member yang minat Lisdawati tu tak puashati la kononnya patut Lisdawati yang dapat anugerah tu. Bagi aku, Lisdawati pun bagus tapi Noorkhiriah terbaekk! Memang dia berhak di iktiraf Pelakon Wanita terbaik Malaysia ketika ini. Petang tadi mengalir airmata tengok cerita Antara Garisan tu. Syabas buat Noorkhiriah dan Pengarahnya Sharulezad. Ceritanya memang meninggalkan kesan. Wajarlah ia diangkat sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010.
Image courtesy of Radius One

Kisah seperti yang dipaparkan dalam 

Thursday, January 13, 2011

Are You Smarter Than a 5th Grader?

image courtesy of FOX

Sementara nak menunggu Siaran Langsung perlawanan antara Liverpool vs Blackpool pagi tadi, sempat layan channel 701 Astro Fox. Rancangan "Are you smarter than a 5th Grader?. Kalau bahasa kita lebih kurang maknanya "Ko lebih terer ke dari budak darjah 5?" Rancangan Game Show dari US ini sebenarnya lebih bagus dari rancangan game show lain kerana rancangan ini menguji pengetahuan am kita walaupun kebanyakkan soalan-soalannya pernah kita belajar di sekolah dulu. Andai kata kalau ada syarikat penerbitan tempatan yang menerbitkan program seperti itu di Malaysia, ia adalah satu langkah yang baik tetapi isi kandungannya terpaksa diolah bersesuaian dengan format sistem pembelajaran Malaysia. Alangkah bagusnya kalau peserta yang menyertai rancangan ini terdiri dari berbilang kaum bersesuaian dengan konsep 1Malaysia. Setidak-tidaknya peserta dan penonton dirumah dapat mengingati ataupun belajar sesuatu yang baru (walaupun dah diajar kat sekolah 20 tahun lepas) dari program seperti ini. Ada berberapa peserta dalam rancangan "Are you smarter than 5th grader?' gagal menjawap soalan sejarah Amerika. Kalau di Malaysia pun aku rasa ramai gak yang kantoi bila tanya bab sejarah. Kata para cendikiawan "Dari sejarah kita dapat mengenal bangsa, bangsa yang buta sejarah adalah bangsa yang menuju kemusnahan". Di Malaysia, kalau diberi pilihan antara game show bebentuk ilmiah sebegini dan rancangan Jangan Lupa Lirik, ramai yang pilih JLL. Sebabnya takyah tanya lagi, hiburan. Kemain lagi makcik-pakcik joget-joget depan tv. 
Olivia Glowacki 
image courtesy of FOX

Rancangan Are you smarter than 5th grader diterbitkan oleh Mark Burnett yang juga pernah menerbitkan rancangan realiti Survivor dan The Apprentice. Di hos kan oleh pengacara ala-ala Cikgu iaitu pelawak Jeff Foxworthy.
Peserta rancangan Are you smarter than 5th grader perlu menjawap 10 soalan peringkat sekolah rendah. Jika berjaya, peserta akan diberikan soalan bernilai satu juta Dollar US. Peserta akan dibantu oleh 5 rakan sekelas diberikan talian hayat iaitu 

  • Peek: Peserta dibenarkan melihat jawapan rakan kelas mereka dan diberi pilihan samada memilih jawapan mereka sendiri atau mengikut saja jawapan yang diberikan oleh rakan sekelas
  • Copy: Peserta boleh meniru jawapan rakan sekelas.
  • Save: Jika jawapan peserta salah tetapi jawapan rakan sekelas adalah tepat, peserta boleh melangkah ke peringat seterusnya.
Yang buat aku suka tengok rancangan ni, adalah kerana bebudak kelas tu comel-comel belaka terutama Olivia. Lagi 15 bola nak start aku tertidur. Patut le Liverpool kalah. Kecewa gua.

Wednesday, January 12, 2011

Hujan oh hujan lekas berhenti,usah turun lagi lama sudah kunanti


Sementara nak menunggu perlawanan bolasepak antara Liverpool menentang Blackpool jam 4 pagi nanti, belek-belek berita online dan blog-blog yang tak sempat nak baca petang tadi. Bukan tak ada masa tapi petang tadi 2 orang sahabat leka bermain Poker online sampai lupa owner nak pakai laptop. Ini lah masa nak baca isu semasa. Kat luar tu masih hujan lebat. Kemungkinan Allah S.W.T nak bagi kami sejuk sikit pasal siang tadi cuaca panas melampau. Minggu lepas hujan tak berhenti turun. Musim hujan macam ni teringat suatu ketika di zaman remaja belasan tahun. Waktu-waktu begini memang seronok bermain air. Lebih manis ketika bersama teman-teman sekampung menahan jaring untuk menangkap ikan. Gambar diatas dirakam di sekitar Jalan Felda Chemomoi-Felda Sg Kemahal di Teriang, Pahang. Tengoklah tu, nampak kepala je masing-masing. Hati-hati brader, musim banjir ni macam-macam boleh jadi. Air pun macam api gak ketika kecil boleh ditepuk-tepuk,bila besar kita tepuk dahi.

Teringat pulak cerita mak pasal banjir besar tahun 1971 atau lebih dikenali sebagai Bah besar. Aku tak de lagi masa tu. Katanya, pada masa itu ramai orang kaya menjadi miskin dan yang miskin menjadi kaya. Maksudnya, pada ketika itu golongan kaya kehilangan banyak harta benda dibawa arus dan si miskin mengambil kesempatan mengutip segala hasil yang dibawa arus hanyut. Ramai yang terkorban nyawa masa itu namun tidak tersiar di mana-mana media massa maklum la masa tu bukan ada banyak akhbar-akhbar swasta tak seperti hari ini.Sampai tak tahu nak baca yang mana satu. Soalan aku pada mak, besar sangat kah banjir masa tu. Katanya,kalau nak dikira berapa meter paras air dia tak tau nak ukur tapi dia suruh aku bayangkan yang Masjid Sultan Abu Bakar, Termerloh itu juga dinaiki air. Kalau begitu ternyata memang besar la. Takut nak bayangkan. Kepada sesiapa yang pernah ke Bandar Temerloh lama mungkin perasan Masjid ni. Terletak berhampiran Pasar pagi setiap Ahad yang lebih dikenali masyarakat setempat sebagai Pekan Sari atau Pekan Sehari. Kepada yang biasa ke Kuantan tapi jarang singgah ke Temerloh melalui Jalan lama Kuantan-Kuala Lumpur (bukan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur) korang mesti perasan Masjid ni bila berada di Jambatan Temerloh lama. Pandang sikit ke arah Sungai Pahang, akan jelas kelihatan kubah Masjid ni.

gambar di pinjam dari blog http://ohsenggora.blogspot.com

BERITA HARIAN melaporkan Lebih 5,000 penduduk 

What do the 'listing' and 'let search engines find your blog' settings do? - Blogger Help

What do the 'listing' and 'let search engines find your blog' settings do? - Blogger Help

Kerabat Jengka 13

Kepada seluruh warga Jengka 13 baik di dalam ataupun berada diluar negeri Pahang sila lah berkunjung ke laman Kerabat Jengka 13 melalui Facebook. Laman sembang ini di terbitkan oleh salah seorang Gen-2 warga Jengka 13 iaitu En Ishak Mat Piah, dengan tujuan mendengar dan berkongsi permasalahan masyarakat setempat demi kemajuan bersama. Setelah berberapa kali berdialog di alam maya, Saudara Ishak mencadangkan agar satu blog khusus untuk Kerabat Warga Jengka 13 diujudkan. Satu usaha yang sangat mulia dan wajar jika dipandang secara serius tentang pengumuman CEO Facebook, Mark Zuckerberg yang akan menutup operasi Facebook mulai 15 Mac ini. 
Aku berharap sangat agar blog yang bakal muncul nanti bukan sekadar menjadi medium untuk berkongsi cerita sensasi ataupun ada individu opportunist menjadikannya sebagai platform untuk menjual pakaian dan sebagainya tetapi biarlah ianya menjadi seakan-akan sebuah stesen berita untuk semua warga Jengka 13. Untuk menjadikannya relevan kepada warga, perlunya ada penglibatan serius dari Pegawai Kawasan, Tok Ketua Kampung, ahli-ahli persatuan dan pertubuhan, Ketua dan Naib Ketua Persatuan Belia tempatan serta ahli-ahlinya, Ahli-ahli Biro Kebajikan yang dilantik jika ada dan yang paling utama adalah penglibatan menyeluruh Ayahanda-ayahanda kita juga tak ketinggalan warga Gen2 di seluruh pelusuk tanahair. Tanpa sokong semua pihak ini, apa yang kita laungkan dan perjuangkan umpama suara halus berteriak dari seberang sungai Pahang. Tidak mungkin kita dapat menerima respon yang dimahukan.
Pendapat aku, kalau boleh jadikan Blog ini umpama sebuah persatuan yang kuat, dibarisi oleh individu yang berpendirian tetap,berani bersuara, berani gagal, berinovasi, dan yang paling penting sekali amanah dan telus.
Semoga usaha Saudara Ishak ini 

Monday, January 10, 2011

Facebook akan berakhir pada 15 March, sila save semua gambar anda

Apa aktiviti korang selepas 15 March 2011 tanpa Facebook. Tentunya akan rasa serba tak kena. Rasa ada yang tak lengkap lah hari tu. Maklum le dh biasa mengadap Facebook je siang malam. Ada yang sempat curi-curi waktu kerja nak update status. Begitu jugalah perasaan 500 juta pengguna aktif Facebook di seluruh dunia yang telah menghabiskan masa hampir 700 billion minit sebulan melayari sosial network ini.

Sabtu lalu Mark Zuckerberg telah pun mengumumkan akan menutup aktivi Facebook pada bulan Mac dalam satu sidang media di pejabatnya. Salah satu sebabnya adalah kerana dia sudah terlalu stress untuk menguruskan Facebook dan katanya hidup nya sudah tidak seperti dahulu lagi. Ya lah dah kaya sangat,multi billionaire lagi. Sekarang dah sampai masa dia nak rilek pulak.

Ramai yang terkejut dan marah akan tindakannya itu namun katanya dia tak pedulikan semua itu walaupun Facebook menjana pendapatan ber billion Dollar. Wang bukan lagi menjadi persoalannya. Apa yang penting dia mahu menjadi manusia yang normal seperti dahulu. Betul lah kata orang, wang berjuta belum tentu dapat membeli kebahagiaan. Ada juga ibubapa yang berasa amat lega dengan penutupan Facebook kerana anak-anak mereka tak perlu lagi nak mengadap komputer hampir 24jam. Bos-bos di Pejabat boleh tarik nafas lega pasal staff dah boleh tumpu perhatian penuh pada kerja.

Yang mengeluh tentunya Syarikat-syarikat dibidang telekomunikasi yang mereka-cipta aplikasi-aplikasi di Facebook. Takde duit sampingan le lepas ni. Kepada kawan-kawan semua sebelum bulan Mac ni, sila lah save semua gambar-gambar yang dah di muat naik ke wall masing-masing kerana selepas penutupan Facebook ini kita tidak boleh lagi meng akses web tersebut.Terima kasih kepada Facebook kerana telah menemukan aku dengan rakan-rakan lama dan rakan-rakan satu sekolah yang dah 20 tahun tak jumpa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers