Showing posts with label Jengka. Show all posts
Showing posts with label Jengka. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Kerja baru

Lama benar rasanya tak jenguk blog ni. Andai la ianya sebidang tanah, mungkin sudah ditumbuhi lalang atau pokok balek angin. Andai ia sebuah rumah, sudah tentu ada yang masuk tumpang tidur! Ha, Jinn atau manusia di alam khayalan. Yang mana satu?..

Semenjak-dua menjak ni saya begitu sibuk dengan urusan kerja. Tambahan pulak sekarang ni diberi tugas untuk menulis draf perlembagaan Pertubuhan yang akan di tubuhkan di Jengka 13 ini. Pertubuhan ini ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul Anak-anak muda Generasi ke 2 Felda di Jengka 13 ini yang mempunyai cita-cita untuk melihat pembangunan di kampung sendiri. Sebelum ini Persatuan yang ada di sini hanyalah Pertubuhan Belia yang bernaung dibawah Majlis Belia Felda. Namun tidak banyak usaha yang dilakukan oleh Pertubuhan ini disebabkan oleh perkara-perkara yang tertentu. Saya tidak mahu menyentuh lebih lanjut apa permasalahan Persatuan Belia di sini. Biarlah Pengerusi dan SU Belia serta AJK mereka mengatasinya.

Apabila tertubuhnya Pertubuhan ini dapatah kiranya kami membawa masuk peluang-peluang yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ataupun dari Agensi-agensi lain bagi membimbing atau memberi peluang kepada anak-anak muda generasi ke2 yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk meningkatkan Ekonomi. Untuk makluman semua, kebanyakkan Belia di Jengka 13 ni tidak mempunyai kerja tetap dan hanya mengharapkan pendapatan dari hasil ladang sawit yang dikongsi adik beradik. Saya tidak menyalahkan mereka kenapa tidak mencari kerja yang boleh menjamin masa depan tetapi kebanyakan dari mereka terpaksa tinggal disini untuk menjaga orang tua yang sudah tidak berdaya. Kalau kita lihat di sekitar Jengka ini tidak begitu banyak peluang pekerjaan untuk menampung jumlah anak-anak Generasi ke2. Tidak banyak.

Thursday, April 26, 2012

Blue Form Saham FGVH untuk Peneroka Felda


Di Jengka sekarang cuaca amat panas bila tengahari. Bagi Peneroka Felda yang mampu memasang set penghawa dingin, sudah tentu ini bukan satu masalah cuma bila bil TNB sampai baru datang masalah. Musim panas begini memang syok kalau pekena ais kacang, ABC tak pun licikang. Tak hairan la di Tanah Rancangan Felda banyak terdapat warga Generasi ke2 merebut peluang berniaga ABC. Kadang-kadang terdapat 6 gerai ABC di satu Tanah Rancangan Felda. Tak pe, pandai rebut peluang.

Singgah di salah sebuah gerai ABC berdekatan rumah, seorang pakcik memberitahu bahawa dia mendengar berita yang diheboh-hebohkan, Peneroka akan menerima durian runtuh serta saham yang bernilai ribuan ringgit. Tentang durian runtuh tu tak tahu nak kata lah. Adakah sampai ribuan ringgit atau ratusan ringgit sahaja. Tunggu      YAB Perdana Menteri umumkan nanti. Hal satu lagi yang dikatakan Peneroka akan menerima saham ribuan ringgit itu mungkin ada benarnya. Ini kerana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan pernah berkata di Dewan Rakyat bahawa Peneroka Felda akan menerima durian runtuh dan Saham dalam bentuk Blue Form sempena penyenaraian Felda Global Venture Holding FGVH June ini. 

Apa bendanya yang Blue Form ini? Ramai yang tak faham. Maklum lah ini istilah orang main saham. Kat sini saham K.T.M tahu lah. Beli singgit kalau kena no 1 dapat dua ribu setengah. Tu yang dipanggil "A ticket to hell" ye tak?. Saya pun tak faham sangat tentang main saham ini. Adalah dulu main saham sekali. Belipun tak banyak hanya 10 Lot saja tu pun buat loan dengan Maybank. Bila prestasi saham dah tak se gah masa mula diapungkan, saya dengan pantas menjual semua 10 lot tersebut. Adalah untung sikit buat belanja bertunang. Okay, Blue Form atau Borang Biru selalunya di beri kepada kakitangan sesebuah syarikat yang akan disenaraikan di Bursa Saham. Dengan penyenaraian FGVH, Felda akan memberi Peneroka saham secara Blue Form dan Staff Felda akan diberi saham dalam bentuk Pink Form. Bezanya ialah Blue Form diberi secara percuma,tidak perlu membayar untuk memiliki saham tersebut. Manakala Pink Form perlu membayar harga penuh mengikut nilai harga tawaran sesebuah saham. Bagi kakitangan Felda yang mempunyai banyak wang, saya nasihatkan belilah. Kalau tak mampu, buatlah loan di Bank bagi yang belum di Blacklist oleh mana-mana syarikat kewangan. Contohnya jika setiap seorang Peneroka menerima saham berjumlah 10 Lot yang ditawarkan dengan harga RM1.00 setiap unit saham, ini bermakna setiap seorang Peneroka Felda menerima RM10,000 dengan syarat mestilah membuka akaun CDS (Central Depository System) kalau tidak ianya tidak bernilai kerana tidak boleh dijual. CDS adalah tempat dimana kita akan menyimpan saham-saham ini. Cas perkhidmatan untuk membuka akaun CDS ni hanyalah RM10 sahaja. Moh buka akaun CDS cepat-cepat.

Wednesday, April 25, 2012

Durian runtuh FGVH-Rahmat untuk Peneroka Felda atau sebaliknya


Isu panas di merata kedai kopi di tanah rancangan Felda pada masa ini sudah tentulah mengenai "durian runtuh" untuk peneroka berikutan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) ke Bursa Saham. Lupakan dulu isu anak siapa yang lahirkan anak tidak berbapa, anak siapa yang dibelasah kerana mencuri buah sawit di ladang yang di selia oleh Felda Plantation, lembu dan kerbau siapa yang dilanggar oleh si fulan sampai pecah bumper keretanya. Lupakan dulu seketika. Sambung nanti selepas dapat durian runtuh dulu. Hal duit lagi manis untuk dibicarakan.

Ada pemimpin parti politik menyatakan bahawa itu adalah sebahagian dari gula-gula kerajaan kepada warga peneroka yang diketahui umum sebilangan besarnya adalah  penyokong kerajaan hari ini. Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang telah mengeluarkan fatwa bahawa  ‘durian runtuh’ yang bakal di terima peneroka Felda itu adalah rasuah politik, dengan niat agar peneroka mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang. Rujukan dari http://suarapakatanrakyat.com/2012/04/haram-hukumnya-ahli-pas-ambil-durian-runtuh-felda/ Tajuk artikel berkenaan ialah Haram hukumnya ahli PAS ambil durian runtuh Felda. 

Jika ditanya kepada ahli PAS di Tanah Rancangan Felda hari ini samada mahu menolak wang durian runtuh tersebut saya pasti tidak ramai yang menanggukkan kepala tanda setuju. Dalam blog tersebut tertulis "Jumlahnya mungkin mampu mengaburkan mata kerana nilai yang lebih besar, tapi disinilah keistimewaan ahli PAS, demi mempertahankan akidah dan agama Islam, kita seharusnya sanggup menolak semua kelebihan dunia, tidak kira apa nilainya."  Mungkin inilah masanya kita dapat melihat sejauh mana kekuatan ahli-ahli PAS di Tanah Rancangan Felda seluruh Malaysia samada menolak durian runtuh tersebut ataupun menolak impian diri yang berlegar di dalam kepala sejak berberapa bulan dahulu. Rasionalnya, wang dapat menjadikan sahabat yang sangat rapat menjadi musuh yang paling ketat, keluarga berpecah dan terbelah, suami isteri bercerai-berai dan taraf kehidupan berputar terbalik seperti roda.

Berbalik kisah di kedai kopi seluruh Tanah Rancangan Felda tadi, Peneroka rata-ratanya sudahpun memasang impian dengan harapan durian runtuh ini akan runtuh secepat yang boleh. Ada yang bercita-cita memperbaiki rumah, menukar kereta Proton Preve, membeli pam racun berinjin dan mesin rumput untuk kegunaan ladang, menunaikan umrah, melangsaikan hutang Plasma TV dari Courts Mammoth dan macam-macam lagi. 

Suka saya ingatkan kepada semua Ayahanda Peneroka bahawa usahlah berangan-angan tinggi lagi kerana jumlahnya yang sebenar tidak dapat diketahui dan entah bila akan diterima. PM pernah memberi hint bahawa jumlahnya lebih dari wang BR1M. Maknanya kemungkinan lebih dari RM500. Ya, saya tahu bahawa Perdana Menteri kita akan mengumumkan jumlahnya pada 8 Mei ini di Jengka 8 Pahang, tetapi bagi saya, lebih baik Ayahanda menunggu sahaja berapakah jumlah sebenarnya dan selepas itu barulah Ayananda semua membuat kira-kira dimana patut Ayahanda salurkan wang tersebut. Takut nanti jumlahnya tidak sama dengan apa yang Ayahanda bayangkan. 


Wednesday, January 12, 2011

Hujan oh hujan lekas berhenti,usah turun lagi lama sudah kunanti


Sementara nak menunggu perlawanan bolasepak antara Liverpool menentang Blackpool jam 4 pagi nanti, belek-belek berita online dan blog-blog yang tak sempat nak baca petang tadi. Bukan tak ada masa tapi petang tadi 2 orang sahabat leka bermain Poker online sampai lupa owner nak pakai laptop. Ini lah masa nak baca isu semasa. Kat luar tu masih hujan lebat. Kemungkinan Allah S.W.T nak bagi kami sejuk sikit pasal siang tadi cuaca panas melampau. Minggu lepas hujan tak berhenti turun. Musim hujan macam ni teringat suatu ketika di zaman remaja belasan tahun. Waktu-waktu begini memang seronok bermain air. Lebih manis ketika bersama teman-teman sekampung menahan jaring untuk menangkap ikan. Gambar diatas dirakam di sekitar Jalan Felda Chemomoi-Felda Sg Kemahal di Teriang, Pahang. Tengoklah tu, nampak kepala je masing-masing. Hati-hati brader, musim banjir ni macam-macam boleh jadi. Air pun macam api gak ketika kecil boleh ditepuk-tepuk,bila besar kita tepuk dahi.

Teringat pulak cerita mak pasal banjir besar tahun 1971 atau lebih dikenali sebagai Bah besar. Aku tak de lagi masa tu. Katanya, pada masa itu ramai orang kaya menjadi miskin dan yang miskin menjadi kaya. Maksudnya, pada ketika itu golongan kaya kehilangan banyak harta benda dibawa arus dan si miskin mengambil kesempatan mengutip segala hasil yang dibawa arus hanyut. Ramai yang terkorban nyawa masa itu namun tidak tersiar di mana-mana media massa maklum la masa tu bukan ada banyak akhbar-akhbar swasta tak seperti hari ini.Sampai tak tahu nak baca yang mana satu. Soalan aku pada mak, besar sangat kah banjir masa tu. Katanya,kalau nak dikira berapa meter paras air dia tak tau nak ukur tapi dia suruh aku bayangkan yang Masjid Sultan Abu Bakar, Termerloh itu juga dinaiki air. Kalau begitu ternyata memang besar la. Takut nak bayangkan. Kepada sesiapa yang pernah ke Bandar Temerloh lama mungkin perasan Masjid ni. Terletak berhampiran Pasar pagi setiap Ahad yang lebih dikenali masyarakat setempat sebagai Pekan Sari atau Pekan Sehari. Kepada yang biasa ke Kuantan tapi jarang singgah ke Temerloh melalui Jalan lama Kuantan-Kuala Lumpur (bukan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur) korang mesti perasan Masjid ni bila berada di Jambatan Temerloh lama. Pandang sikit ke arah Sungai Pahang, akan jelas kelihatan kubah Masjid ni.

gambar di pinjam dari blog http://ohsenggora.blogspot.com

BERITA HARIAN melaporkan Lebih 5,000 penduduk 

Kerabat Jengka 13

Kepada seluruh warga Jengka 13 baik di dalam ataupun berada diluar negeri Pahang sila lah berkunjung ke laman Kerabat Jengka 13 melalui Facebook. Laman sembang ini di terbitkan oleh salah seorang Gen-2 warga Jengka 13 iaitu En Ishak Mat Piah, dengan tujuan mendengar dan berkongsi permasalahan masyarakat setempat demi kemajuan bersama. Setelah berberapa kali berdialog di alam maya, Saudara Ishak mencadangkan agar satu blog khusus untuk Kerabat Warga Jengka 13 diujudkan. Satu usaha yang sangat mulia dan wajar jika dipandang secara serius tentang pengumuman CEO Facebook, Mark Zuckerberg yang akan menutup operasi Facebook mulai 15 Mac ini. 
Aku berharap sangat agar blog yang bakal muncul nanti bukan sekadar menjadi medium untuk berkongsi cerita sensasi ataupun ada individu opportunist menjadikannya sebagai platform untuk menjual pakaian dan sebagainya tetapi biarlah ianya menjadi seakan-akan sebuah stesen berita untuk semua warga Jengka 13. Untuk menjadikannya relevan kepada warga, perlunya ada penglibatan serius dari Pegawai Kawasan, Tok Ketua Kampung, ahli-ahli persatuan dan pertubuhan, Ketua dan Naib Ketua Persatuan Belia tempatan serta ahli-ahlinya, Ahli-ahli Biro Kebajikan yang dilantik jika ada dan yang paling utama adalah penglibatan menyeluruh Ayahanda-ayahanda kita juga tak ketinggalan warga Gen2 di seluruh pelusuk tanahair. Tanpa sokong semua pihak ini, apa yang kita laungkan dan perjuangkan umpama suara halus berteriak dari seberang sungai Pahang. Tidak mungkin kita dapat menerima respon yang dimahukan.
Pendapat aku, kalau boleh jadikan Blog ini umpama sebuah persatuan yang kuat, dibarisi oleh individu yang berpendirian tetap,berani bersuara, berani gagal, berinovasi, dan yang paling penting sekali amanah dan telus.
Semoga usaha Saudara Ishak ini 

Monday, September 13, 2010

Rumah dah terbakar,biar je lah

Penat rasanya ni. Baru balik dari menolong memadamkan kebakaran di kedai runcit jam 11.45 malam tadi. Mujur juga malam ni hujan. Syabas untuk penduduk Jengka 13 yang perihatin.
Patutlah masa tengah syok surf internet tadi ada gangguan bekalan elektrik.Sebelum tu petir bukan main kuat lagi.
Punca sebenar belum diketahui. kemungkinan bepunca dari litar pintas. Biarlah Bomba yang siasat punca sebenar. Ini kejadian kedua dalam masa 7 hari. Dalam gambar sebelah ni kejadian yang menimpa keluarga En Rahman Dilu pada 30 Ramadhan lalu.
Ada yang kawan-kawan kata, ramainya tukang tengok. Ya la nak buat pe lagi. Lagipun bomba dah ada. Itu kerja diorang. Maksud aku, kalau kita tak arif dalam bidang ni,jangan cuba-cuba nak tunjuk hero nak padamkan api. Silap-silap padah yang dapat. Ini bukan cam bakar sampah yang kita boleh kawal dengan libas-libas pakai ranting kayu. Ahli bomba yang datang pun diorang tak padamkan terus bahagian yang telah musnah. Mereka hanya mengawal api dari merebak ke rumah berhampiran. Itu sahaja yang terdaya mereka lakukan.Lagi satu,kebanyakkan kawasan Felda tidak disediakan pili bomba seperti mana di bandar-bandar. Kalau ada, dah lama aku syorkan semua ahli persatuan belia tempatan menjalani kursus pengendalian api.

Sunday, September 27, 2009

Edisi Sesak- Satu memori 19 Sept 2009


Alangkah indahnya suasana kampung sendiri. Berkabus cam kat Genting Highland plak. Sekali sekala memandu dalam keadaan cam ni, dapat rasa ketenangannya. Gambar dirakam sekitar jam 8 pagi ketika pulang bercuti Raya baru baru ni. Ni nak cerita pasal Balik kampung Edisi SESAK!
Macam orang lain gak,hari hari last ni la nak bershopping. Kata member hari last last nak raya ni banyak barang murah. Jadi hari tu,bersama seorang kawan baik dari kecik iaitu Zaid atau panggilannya Jaik ( Kat kampong ) ajak jalan jalan ke Klang sebelum balik kampong. Masalah pertama yang kena harungi ialah mencari tempat letak kereta. Berpusing-pusing la mencari parking. Punya lah ramai orang sampai motosikal yang biasanya merajai jalan-jalan sekitar Bandar Klang ni terpaksa akur dan mengalah kerana pada saat itu jalanraya di monopoli oleh pejalan kaki yang nak ke Bazar Raya. Makan hati diorang. Terpaksa stop dulu program merempit untuk hari tu. Hari tu agak bernasib baik kerana dapat parking lebih kurang 500 meter dari Bazar Klang. Dalam hati hanya satu jer, nak cari kasut kalau ada. Memang suasana meriah, ada yang jual bunga lelong, baju lelong, jam tangan semurah RM5 dan cam macam lagi la. Ada je cara cara nak dapat duit diorang ni. Tapi terus terang gua beritahu harga yang diorang tawarkan sebenarnya jauh lebih mahal dari harga yang kita boleh dapat kat Petaling Street. Contoh sepasang kasut jenama Adidas dijual sekitar RM60 tu pun kalau kita pandai godam harga. Kat Petaling Street harganya tetap RM35 sepasang. Tak percaya..gi tengok sendiri kat PS. Siap ada tanda harga besar digantungya. En Jaik kita dah dapat sepasang baju melayu berharga RM50 setelah hampir 2 jam meronda. Bila dah tak ada benda lagi nak belek, kitorang mengambil keputusan untuk mengisi perut. Singgah disebuah restoran tomyam kat Jalan Kebun. Apa yang menduka citakan kat Restoran ni, layanannya tak de class langsung. Lain yang di mintak lain yang dapat. Time nak bayar jenuh kena lambai tangan baru nak terhegeh hegeh dating.Inilah kelemahan ketara pada peniaga melayu. . Ada je cara-cara nak nyakitkan hati orang pagi pagi. Dah la makanan rasanya ala kadar je. Best lagi kalau aku masak sendiri. Tak percaya? Bagi siapa yang dah rasa dia tau la kan. Sebab tu aku lebih suka lepak kat mamak jer. Bila dah kenyang, kitorang start kereta masing-masing. Bermula la Episod perjalanan pulang ke kampong jam 2.00 pagi.

Sebenarnya perjalanan dari Subang Jaya menuju ke Jengka sepatutnya hanya mengambil masa 2 jam 30 minit jer kalau memandu 130KSJ. ( kebiasaanya la ). Tapi pada hari tu, terpaksa menempuh jalan yang sesak dari Highway MRR2 Pandan Indah sampai ke Plaza Tol Bentong. Percaya atau tidak, kira kira 6 Jam diperlukan sebelum sampai ke Plaza Tol Lancang Lebuhraya Pantai Timur. Kaki ni dah naik Cramp asyik nukar Clutch jer! Memandu sorang lagi bosan tak de teman nak bercakap. Mujur ada radio, boleh gak dengar celoteh DeeJay yang kenkadang tu menyampah gak nak dengar lawak diorang yang tah pe per. Tiga jam yang pertama nampak kereta Zaid dan potong kut Line kiri. Walaupun  tahu ni kesalahan lalu lintas, ikut gak la. Belasahhh..Rupa rupanya ada member dah tunggu kat tepi jalan. Udin dari Puchong. Sepatutnya kami berjunpa di Stesyen Petronas Bentong. Check point la konon.Tak tahan agaknya. Kitorang bincang nak ikut jalan lama Janda Baik- Karak. Tapi kena buat U-Turn berhampiran Hutan Lipur Lentang. Oleh kerana kereta dah boleh bergerak sikit demi sedikit, hasrat kami terpaksa dilupakan la. Legaaa! Dalam merangkak-rangkak tu, sampai jugak di Petronas. Dapat la rehat skit. Boleh gi tandas atau beli air buat bersahur. Jam dah menunjukan pukul 5.00 pagi, dan lagi ni. Bila lintas kat toilet stesyen minyak Petronas tu, mak datukkkk..berbaris panjang la orang nak gi toilet. Orang nak buang air berbaris mengalahkan nak membuang undi pulak. Bak kat Ajis dalam Seniman Bujang Lapok , éh Din, aku dah takde selera nak berak”. Sampai camtu sekali. Perghhhhhhh..Ketika memasuki Plaza Tol Lanchang, jam dah menunjukkan jam 6.40 pagi. Padahal Bentong ke Lancang pada hari-hari biasa hanya jaraknya lebih kurang 25 minit je.


Bila nampak Signboard Susur keluar Chenor- Bandar Pusat Jengka, baru la lega rasanya. Dah nak sampai pun. Segala-galanya berubah. Lalu lintas begitu lancar, tenang dan paling best tengok cuacanya. Berkabus pagi-pagi. Dalam hati terfikir, punca kesesakan lalulintas ni kerana semua orang mengejar tol percuma. Kalau diberi pilihan samada boleh memilih tol percuma ataupun ketenangan memandu, aku lebih rela membayar tol walaupun berapa harganya dari menanggung sakit kaki akibat jemm…..tidakkkkk!!!!!!!! Bagi semua pemandu dan penumpang yang pulang ke Kelantan, Terengganu dan Pahang pada pagi 19 haribulan September 2009, Selamat Hari Raya. Kita semua senasib..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers