Monday, August 31, 2009

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke 52


SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA KE 52.Mengapa hari ini terasa sepi. Kemeriahan sepatutnya dirasai. Agaknya aku sorang jer berperasaan begini kot. Orang lain tak tau la.Hari ini adalah hari istimewa untuk bekas bekas pejuang Negara yang berusaha mencapai kemerdekaan. Mereka selayaknya dikenang sepanjang masa. Kadang kadang ada yang bertanya, apa makna MERDEKA bagi anda? 1000 orang ditanya 1000 jawapan diberi. Ada je cara cara nak bagi jawapan dia sendiri. Maknanya, setiap orang mempunyai pandangan tersendiri apa makna merdeka bagi diri mereka. Apa itu Merdeka? Kalau persoalan itu ditanya kepada aku..jawapannya hmmmm..nanti ye..hmmmmmm. Ha, kita bebas dari di belenggu oleh orang lain. Bebas memilih mana yang baik dan yang tidak. Bebas menentukan masa depan yang akan kita corak sendiri mengikut landasan yang kita sendiri pilih.Bebas dari segala macam pengaruh dan macam macam bebas lagi. Adakah merdeka itu bebas semata mata. Susah jugak soalan ni. Andai kata kita mendapat kebebasan yang kita impikan,adakah kita yakin bahawa kita telah selamat dari cengkaman atau belenggu mendatang? Tentulah tidak bagi aku kerana selagi kita tidak sentisa berwaspada maka kebebasan yang selama ini dikecapi akan hilang lama kelamaan dek kelalaian kita sendiri. Ingat, bebas tidak bererti Merdeka. Merdeka tidak semesti nya kita bebas selamanya. Tak faham? Lu pikir la sendriii....
Dan tanya pula oleh wartawan sambilan kepada responden berikut. Adakah anda menghayati perjuangan orang orang terdahulu untuk memerdekakan Tanah Melayu dari British. Tentulah tidak semestinya aku rasa. Kerana hanya orang yang terbabit sahaja yang merasa perit jerih, kepayahan, suka duka perjuangan mereka. Kita sebagai Generasi baru hanya boleh mengambarkan dalam fantasi kita sahaja tanpa merasai secara realisitik. Diandaikan beginilah, pernah kan ada menaiki kereta ke suatu tempat yang belum anda kunjungi bersama rakan rakan anda. Anda hanya duduk disebelah pemandu. Anda boleh tidur, boleh pandang kiri dan kanan, dengar lagu dari MP3 player atau belek belek handphone tengok SMS. Ada je cara cara nak hilang kan boring.Tiba tiba dah sampai ke destinasi yang dituju. Adakah anda ingat jalan nya. Aci potong kuku, mesti tak berapa ingat kerana yang bersengkang mata, fokus terhadap jalan itu hanya lah pemandu itu sendiri. Lebih kurang cam tu la. Tak Faham? korang ni.. Lu pikir la sendri.
Wahai adik adik dan rakan rakan ku, ingatlah. Hari Kebangsaan ini bukan lah Public Holiday atau cuti umum semata mata. Bukan hari untuk kita berpesta yang bukan bukan. Isikan lah pengertian dengan merenungi kedalam diri sendiri apakah kita sebenarnya telah bebas sebebas bebasnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers