Thursday, July 28, 2011

Kontraktor TNB musnahkan pokok buahan penduduk Felda?

Pernahkan anda terfikir, apa jadual harian kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) selain dari membaiki talian elektrik dan memotong bekalan jika anda lambat membuat pembayaran? Seikhlas hati saya katakan, tidak terfikir pun. Pagi ini saya mula terfikir, apakah lagi rutin harian mereka selain diatas tadi.

Sambil minum kopi dan membaca akhbar Utusan Malaysia dibawah pokok rambutan, datang berberapa orang berjaket keselamatan hijau membawa sebilah sabit kelapa sawit, masuk ke halaman rumah. Kata salah seorang dari mereka, TNB mengarahkan semua pokok-pokok yang bersangkutan dengan talian elektrik harus di cantas. Ini kerana jika dibiarkan akan mengakibatkan bekalan elektrik sering terganggu bila dahan pokok yang bersangkutan, ditiup angin. Patut laaaa...

Walaupun terpaksa mengorbankan berberapa biji rambutan muda, saya puji usaha kontraktor TNB ini kerana bersusah payah memotong dahan-dahan rambutan demi memastikan pengguna tidak mendapat gangguan bekalan elektrik. Anda perlu tahu, mencantas dahan rambutan dengan menggunakan sabit kelapa sawit amat memeritkan kerana, dahan rambutan jauh berbeza kerasnya dari dahan kelapa sawit. Syabas. Ohh!..rambutan ku..

Tuesday, July 26, 2011

Saman parfume AXE Kerana Gagal Memikat Perempuan







New Delhi, Seorang lelaki india berusia 26 tahun menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited), yang memasarkan produk wangian lelaki AXE, dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan ‘penderitaan mental’.


Alahai bro, kalau anda gagal memikat perempuan, jangan salahkan pewangi tersebut. Ini kerana, memikat perempuan bukan hanya bersyaratkan wangi sahaja. Banyak benda yang lu kena ambik kira. Setakat wangi saja tak jalan bro. Aku pun ada beli AXE, bukan sebab nak pikat perempuan. Masa ke kaunter jualan Axe, aku ternampak botol AXE yang "berperisa" chocolate. Sebagai peminat chocolate, aku memang teruja la nak tau macamana baunya. Ternyata memang menakjubkan. Soal awek terpikat ke, itu tolak tepi.


Nasihat aku, kalau lu susah sangat nak pikat perempuan, datang je ke Malaysia. Dengan rupa kau yg macam tu, sah-sah awek melayu tergoda punya. Awek melayu jangan marah. Ini kenyataan. Dah ramai sangat aku tengok kat Subang Jaya ni, awek Melayu berpacaran dengan orang-orang dari negeri Popostan, Pongostan dan Stan-Stan yang lain. Macam lah takde lagi lelaki Melayu di Malaysia ni.


Berita Penuh Lelaki Saman AXE



Thursday, July 21, 2011

Malaysia XI lawan Chelsea


Stadium Bukit Jalil hari ini memberi kita jawapan betapa peminat The Blues lebih ramai dari peminat The Gunners di Malaysia. Lautan biru menenggelamkan sorakan kuning pasukan tuan rumah. Walaupun tidak semeriah ketika pasukan The Red memukau penonton pada 16 Julai lalu, namun kita harus berbangga kerana peminat bolasepak Malaysia sudah mula memberi sokongan kepada pasukan negara.

 Aku tidak berkesempatan menonton secara langsung di Bukit Jalil kerana deman selesema. Dek kerana minat mendalam terhadap BPL, aku menggagahkan diri ke kedai kopi menonton perlawanan hari ini.Ramai juga kawan-kawan yang menonton di kedai kopi rupanya. Ramai juga yang memakai jersi Malaysia dan Chelsea FC tanda sokongan. Aku juga tak terkecuali, memakai jersi kebanggaan aku iaitu jersi Liverpool yang terbaru berwarna hitam silver.


Perlawanan sudah berlangsung 5 minit, jelas pasukan Malaysia gugup menghadapi bintang-bintang Liga Perdana Inggeris ini. Banyak kehilangan bola dan hantaran entah kemana seakan-akan menjadi trademark Malaysia. Aku kasihan dan simpati terhadap pasukan negara kerana dikutuk oleh peminat sendiri di kedai kopi ni. Mereka ketawa bila pemain kita dijatukan oleh pemain Chelsea. Aku tertanya-tanya, kemana hilangnya sifat patriotik mereka. Tiada langsung pujian kepada pemain negara walaupun berjaya mengekang Chelsea dari menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Pada aku Malaysia bermain cukup baik malam ini, barangkali juga permainan  Chelsea tidak seperti yang diharapkan peminat fanatiknya.

Sepak mula separuh masa kedua dimulakan. Muka-muka pemain utama Chelsea berada di tengah padang. Kelihatan Didier Drogba, Ashley Cole, John Terry dan Daniel Sturridge seakan-akan bisa mengoyakkan jaring gol Malaysia. Kata kawan-kawan di kedai kopi "habis lah, 6-0 la ni"...Siapa sangka, kalau jaringan Didier Drogba tidak dikira gol tadi, Chelsea tentu malu dan Andre Villas-Boas confirm pening nak mengatur strategi untuk kempen BPL 2011-2012 nanti. Syabas pasukan negara, harap Pasukan Harimau Malaya-Malaysia dapat menewaskan Singapura hari Sabtu ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers