Friday, August 19, 2011

Dialog Ajis dan Sudin


Gambar diatas di petik dari filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee bertajuk Seniman bujang lapok. Di bintangi oleh beliau sendiri, Aziz Satar (Ajis) dan S.Shamsudin (Sudin). Ayatnya sengaja ditukar memandangkan sekarang kita berada di musim perayaan. 

Di kawasan Felda kami ini, dah makin kerap bunyi mercun bola, mercun roket dan sebagainya. Walaupun usaha kerajaan membenteras habis-habisan penyeludup dan penjual mercun ini namun masih terdapat segelintir peniaga yang berani mengaut keuntungan tanpa memikirkan risiko akibat dari aktiviti penjualan mercun ini. Pada masa ini mereka yang memiliki barangan haram ini boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dengan membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda RM10,000.00 atau kedua-duanya sekali. Ada berberapa pihak mendesak kerajaan supaya meminda akta ini kepada hukuman penjara madatori.

Semasa di zaman kanak-kanak, aku seperti kana-kanak lain suka bermain mercun. Namun ketika itu seingat-ingat aku, hanya ada bunga api, mercun katak, mercun roket dan lain-lain mercun yang tidak begitu berbahaya. Ketika itu tidak tercipta lagi mercun bola yang sangat popular sekarang sehinggakan meragut berberapa jari kanak-kanak melayu. Ya, melayu. Kenapa? Kerana bila tiba perayaan Tahun Baru Cina dan Depavalli, jarang tersiar di ruang media bahawa ada kanak-kanak berbangsa selain melayu terputus jari akibat mercun. Dalam budaya cina memang dari dahulu acara pembakaran mercun menjadi tradisi nenek moyang mereka. Teringat kata-kata seorang rakan berbangsa Cina, katanya kalau dibakar satu mercun, hantu yang datang ke kampung untuk membuat kacau bilau akan lari hingga ke tujuh buah bukit. Bayangkan seratus mercun papan kalau dibakar, berapa ratus bukit hantu melarikan diri. 

Ketika di zaman kanak-kanak dulu aku dan kawan kawan amat gemar bermain meriam tin melo (Milo). Kekuatan bunyinya hampir menyamai meriam buluh. Oleh kerana di Rancangan Tanah Felda ini amat kurang buluh bersaiz meriam maka tin melo dijadikan ganti. Apabila berhadapan dengan sesuatu yang merbahaya kami sangat menitikberatkan akan keselamatan diri, Tin melo akan di ikat kemas supaya tidak pecah. Jika pecah, risiko kecederaan serius amatlah tinggi. Selepas dipastikan ikatan tin melo kemas, tin tersebut akan di tanam menyenget sedalam satu kaki di dalam tanah. Dia atas tanah tersebut di tindih pula dengan batu-batu berat supaya tin tidak melompat mengenai angota badan kami. Apabila siap, meriam akan disikan dengan ketulan belerang karbait dan di curah sedikit air untuk mengeluarkan gas. Setelah gas mula memenuhi ruangan  tin melo tersebut, maka sumbu akan di cucuh dengan buluh panjang bernyalakan api. Sekiranya kita duduk berdekatan dengan meriam, kita tidak dapat merasa sangat dentuman meriam tersebut. Sebaliknya orang yang berada agak jauh akan merasa gegarannya. Dahulu bunyi meriam menunjukkan seolah-olah berlaku perperangan kerana kami saling berlawan bunyi dengan rakan-rakan di blok yang lain. Rancangan Tanah Felda dibahagikan kepada berberapa blok.

Ada sejenis permainan di musim perayaan dahulu akan aku ceritakan di entri yang akan datang.










Thursday, August 4, 2011

Perempuan itu


Perempuan ni pernah hadir dalam mimpi aku. Petang tadi dia lalu dihadapan aku di Pasar Ramadhan. Aku terpaku sejenak. Walau wajahnya kelihatan sekali imbas, namun aku tahu itu memang dia. Jauh aku memandangnya sampai tak kelihatan lagi. Aku menunggu kalau-kalau dia berpatah balik namun hampa. Aku tidak pasti kalau dia muncul lagi suatu hari nanti..

Ya, kalau dia muncul,apa kau nak buat hah? Pasti nya kau akan membiarkannya. Sama seperti mereka yang terdahulu tanpa sepatah bicara hati..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers