Thursday, December 31, 2009

2010- Harapan dan Ramalan

2010. Semoga tahun ni menjadi tahun gemilang buat kita semua. Doa kan negara kita aman dan makmur. Walaupun terdapat kepincangan dalam sistem politik dan perbezaan pendapat ( dan pendapatan ) , kita masih boleh berkerjasama tidak kira apa bangsa dan kaum kita. Sikap perkauman masih kuat dalam diri kita sebenarnya walaupun kita cuba menyembunyikannya selama ini. Tanya diri masing masing..kalau ada, tolong kikiskan. Dah selalu sangat kita dengar dari menteri-menteri bercakap hal ini. Entah jauh disudut hati mereka adakah mereka tulus dalam pengucapan mereka atau tidak atau hanya gimmik politik untuk mencipta Zon Selamat mereka aku sendiri tertanya.

2010-Ramalan mengerikan oleh Vangelia Gushterova, seorang peramal berasal dari Bulgaria tentang meletusnya Perang Dunia ke-3 tahun 2010. Berdasarkan ramalannya, Perang Dunia ke-3 itu terjadi kerana konflik akibat percubaan pembunuhan terhadap ketua Negara,  Ukraine, Estopnia, Lituania dan Poland yang hampir ke Georgia. Perang Dunia meletus setelah konflik yang terjadi di Hindustan (India).


Awalnya, perang tersebut hanya perang setempat antaraNegara jiran yang bermula pada November 2010. Lalu perang itu berpanjangan melibatkan banyak Negara, terjadi perang nuklear dan senjata kimia. Perang Dunia ke III ini akan selesai menjelang Oktober 2014


Berikut ini berberapa ramalannya yang mengerikan:


2011: akibat perang, hujan radioaktif akan menghancurkan hampir semua kehidupan di belahan bumi Utara. Kebanyakan orang-orang Eropah akan musnah dan menghadapi ancaman dari Muslim yang akan mempergunakan senjata kimia untuk menewaskan mereka.

2014: Akibat mengerikan diterima penduduk dunia akibat serangan senjata kimia dan nuklear perang. Di mana sebagian besar penduduk dunia akan menderita kanser kulit dan penyakit kulit lainnya.

2016: Penduduk Eropah hingga sedikit, nyaris benua itu tidak didiami.

2018: China akan tampil sebagai Negara superpower baru, yang memiliki kekuasaan besar di dunia. Yang tadinya eksploiters akan menjadi yang diekploitasi.

2023: Orbit tanah akan berganti
2025: Penduduk eropah masih sangat jarang

Ramalan yang menjadi kenyataan dari Vangelia Gushterova yang telah mati pada 1996.

Amerika akan jatuh kerana serangan burung baja - Sept 11 Worlda Trade Center.
Kematian Puteri Diana
Tenggelamnya kapal selam Kurst Russia di laut Barents  ( Kursk diungkapkannya pada 1980. Ia mengatakan," pada pada August antara tahun 1999 atau 2000, Kursk akan diliputi air dan dunia akan menangisinya". Ternyata terbukti, tahun 2000 kapal selam nuklear itu tenggelam )

*petikan matabumi



t

Sunday, December 20, 2009

Terkenang kembali alam persekolahan

Hari ni entah secara tak sengaja, belek belek Facebook terjumpa pulak kumpulan Sekolah Menengah Jengka 21. Wow! Selama ni aku tercari-cari kat mana rakan-rakan satu sekolan Tahun 1987-1991. Dengan adanya kumpulan ini boleh dijadikan platform untuk mengenali dan mengetahui perkembangan rakan-rakan sekolah dan mungkin dapat berjumpa semula suatu hari nanti. Syabas diucapkan kepada Kak Aida Esa yang telah mencipta kumpulan ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers