Sunday, August 8, 2010

Lena Abdullah-Bulan ditutup awan

Lagu Malar Segar pujaan

Manchester United rangkul Piala Community Shield 2010/2011


Manchester United mengalahkan Chelsea 3-1 untuk merangkul gelaran Piala Community Shield di Wembley sebentar tadi. Gol-gol United dijaringkan oleh Antonio Valencia pada minit ke 41, Javier Hernandez minit ke 76 dan Berbatov pada minit ke 90. Manakala gol Chelsea pula hasil sumbangan Salomon Kalou minit ke 83.Perlawanan ini menyaksikan pemain baru Man U dari Mexico, Javier Hernandez mempamerkan gaya menakjubkan dan ia memberi gambaran bahawa dia adalah pemain yang perlu diawasi musim ini.

Javier Hernandez menjarikan gol ke 2 untuk Manchester United

English Premier Leauge sudah bermula. Musim ni kami peminat-peminat setia bolasepak Liga Perdana Inggeris ini tidak begitu terasa sunyi kerana tempoh tamat musim 2009/2010 disulami dengan Kejohanan Piala Dunia Fifa 2010 di Afrika Selatan. Ia sedikit sebanyak menghilangkan rasa rindu kami kepada aksi-aksi menarik EPL. Pada tahun lepas, bila musim EPL tamat, aduh.. hari Sabtu terasa seperti ada yang kurang.

hari ini kedai Mamak yang aku selalu lepak ni memang menjadi tumpuan. Pukul 9 malam lagi aku dan sahabat Bro Azizi dah booking tempat duduk didepan tv. Kira macam tiket mahal la kalau kat Stadium. Ada seorang kenalan datang duduk satu meja dengan kami. Dia penyokong tegar Chelsea. Dia dari tadi kata "Chelsea kompom la menang". Bro Azizi sound kat dia, belum tentu lagi, game belum start mana kita tau. Dia tetap mempertahankan pendapatnya.

Yang aku tahan, dia fanatik sangat. Belum bola di sepak dia dah menjerit Gollll....ishhhhhh!!! Releks arr Bro. Nasib baik tak berapa lama lepas tu geng dia sampai. Gi la menjerit kat meja lain. Lega rasanya. Aku tak sokong mana-mana pasukan pun. Ramai yang menonton perlawanan hari ni memakai Jersi pasukan masing-masing. Pendek kata, Merah dengan Biru penuh dalam kedai Mamak ni. Aku sorang je yang pakai Jersey Malaysia.

Proud to be Malaysian.


Friday, August 6, 2010

Teresa Teng


The Star hari ini melapurkan sebuah Konsert sempena memperingati Ulangtahun ke 15 pemergian Penyanyi tersohor Taiwan Teresa Teng akan diadakan di Malaysia. Dia mati akibat diserang penyakit Asma ketika bercuti di Thailand. Aku tak pernah  mendengar lagu-lagunya namum yang aku pasti tahu dia sangat popular. Digambarkan popularitinya itu ibarat Deng Ziao Peng memerintah China pada waktu siang manakala Teresa Teng menguasai pada waktu malam. Begitulah kaedahnya.
Aku teringat masa kerja di Bahagian Khidmat pelanggan suatu ketika dahulu. Ketika itu semua Teknisyen dah keluar ke rumah pelanggan, datang seorang pelanggan berbangsa Cina berusia lewat 50an. Dia datang untuk menuntut Video Player yang baru dibaiki. Dia meminta aku meguji VCD samada berfungsi atau tidak. Pelanggan ini  membawa sekeping VCD Karaoke Teresa Teng untuk di cuba. Aku biarkan dia melayan jiwa dalam 30 minit berkaraoke. Dua tiga kali diulangnya perkataan  "ini penyanyi manyak Famous you know".

Musim Durian

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera
Lama betul tak menulis dalam blog ni, itu pasal  la tajuk dia sekali sekala menaip. Hari ini aku berada di Kuala Lumpur. Sebetulnya ada kerja di Bentong, Pahang. Oleh kerana dah dekat dengan Ibukota, aku terus ke Subang Jaya berjumpa rakan-rakan lama. Sepanjang perjalanan dari Karak Highway ke sini tiada banyak masalah. Cuaca pun baik seolah-oleh merestui perjalanan aku kali ini. Di sepanjang jalan, banyak lori-lori mengangkut durian. Maklumlah sekarang musim Raja buah ni. Paling menarik di Hentian Genting Sempah ada berberapa lori buah durian di tahan Polis Trafik. Aku lihat seorang anggota trafik mengambil berberapa biji buah durian untuk dicuba. barangkali mereka membeli secara direct selling (jualan langsung). Untung peniaga durian tu, barang belum turun dari lori dah ada pembeli..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers