Showing posts with label Isu Felda. Show all posts
Showing posts with label Isu Felda. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Blue Form Saham FGVH untuk Peneroka Felda


Di Jengka sekarang cuaca amat panas bila tengahari. Bagi Peneroka Felda yang mampu memasang set penghawa dingin, sudah tentu ini bukan satu masalah cuma bila bil TNB sampai baru datang masalah. Musim panas begini memang syok kalau pekena ais kacang, ABC tak pun licikang. Tak hairan la di Tanah Rancangan Felda banyak terdapat warga Generasi ke2 merebut peluang berniaga ABC. Kadang-kadang terdapat 6 gerai ABC di satu Tanah Rancangan Felda. Tak pe, pandai rebut peluang.

Singgah di salah sebuah gerai ABC berdekatan rumah, seorang pakcik memberitahu bahawa dia mendengar berita yang diheboh-hebohkan, Peneroka akan menerima durian runtuh serta saham yang bernilai ribuan ringgit. Tentang durian runtuh tu tak tahu nak kata lah. Adakah sampai ribuan ringgit atau ratusan ringgit sahaja. Tunggu      YAB Perdana Menteri umumkan nanti. Hal satu lagi yang dikatakan Peneroka akan menerima saham ribuan ringgit itu mungkin ada benarnya. Ini kerana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan pernah berkata di Dewan Rakyat bahawa Peneroka Felda akan menerima durian runtuh dan Saham dalam bentuk Blue Form sempena penyenaraian Felda Global Venture Holding FGVH June ini. 

Apa bendanya yang Blue Form ini? Ramai yang tak faham. Maklum lah ini istilah orang main saham. Kat sini saham K.T.M tahu lah. Beli singgit kalau kena no 1 dapat dua ribu setengah. Tu yang dipanggil "A ticket to hell" ye tak?. Saya pun tak faham sangat tentang main saham ini. Adalah dulu main saham sekali. Belipun tak banyak hanya 10 Lot saja tu pun buat loan dengan Maybank. Bila prestasi saham dah tak se gah masa mula diapungkan, saya dengan pantas menjual semua 10 lot tersebut. Adalah untung sikit buat belanja bertunang. Okay, Blue Form atau Borang Biru selalunya di beri kepada kakitangan sesebuah syarikat yang akan disenaraikan di Bursa Saham. Dengan penyenaraian FGVH, Felda akan memberi Peneroka saham secara Blue Form dan Staff Felda akan diberi saham dalam bentuk Pink Form. Bezanya ialah Blue Form diberi secara percuma,tidak perlu membayar untuk memiliki saham tersebut. Manakala Pink Form perlu membayar harga penuh mengikut nilai harga tawaran sesebuah saham. Bagi kakitangan Felda yang mempunyai banyak wang, saya nasihatkan belilah. Kalau tak mampu, buatlah loan di Bank bagi yang belum di Blacklist oleh mana-mana syarikat kewangan. Contohnya jika setiap seorang Peneroka menerima saham berjumlah 10 Lot yang ditawarkan dengan harga RM1.00 setiap unit saham, ini bermakna setiap seorang Peneroka Felda menerima RM10,000 dengan syarat mestilah membuka akaun CDS (Central Depository System) kalau tidak ianya tidak bernilai kerana tidak boleh dijual. CDS adalah tempat dimana kita akan menyimpan saham-saham ini. Cas perkhidmatan untuk membuka akaun CDS ni hanyalah RM10 sahaja. Moh buka akaun CDS cepat-cepat.

Wednesday, April 25, 2012

Durian runtuh FGVH-Rahmat untuk Peneroka Felda atau sebaliknya


Isu panas di merata kedai kopi di tanah rancangan Felda pada masa ini sudah tentulah mengenai "durian runtuh" untuk peneroka berikutan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) ke Bursa Saham. Lupakan dulu isu anak siapa yang lahirkan anak tidak berbapa, anak siapa yang dibelasah kerana mencuri buah sawit di ladang yang di selia oleh Felda Plantation, lembu dan kerbau siapa yang dilanggar oleh si fulan sampai pecah bumper keretanya. Lupakan dulu seketika. Sambung nanti selepas dapat durian runtuh dulu. Hal duit lagi manis untuk dibicarakan.

Ada pemimpin parti politik menyatakan bahawa itu adalah sebahagian dari gula-gula kerajaan kepada warga peneroka yang diketahui umum sebilangan besarnya adalah  penyokong kerajaan hari ini. Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang telah mengeluarkan fatwa bahawa  ‘durian runtuh’ yang bakal di terima peneroka Felda itu adalah rasuah politik, dengan niat agar peneroka mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang. Rujukan dari http://suarapakatanrakyat.com/2012/04/haram-hukumnya-ahli-pas-ambil-durian-runtuh-felda/ Tajuk artikel berkenaan ialah Haram hukumnya ahli PAS ambil durian runtuh Felda. 

Jika ditanya kepada ahli PAS di Tanah Rancangan Felda hari ini samada mahu menolak wang durian runtuh tersebut saya pasti tidak ramai yang menanggukkan kepala tanda setuju. Dalam blog tersebut tertulis "Jumlahnya mungkin mampu mengaburkan mata kerana nilai yang lebih besar, tapi disinilah keistimewaan ahli PAS, demi mempertahankan akidah dan agama Islam, kita seharusnya sanggup menolak semua kelebihan dunia, tidak kira apa nilainya."  Mungkin inilah masanya kita dapat melihat sejauh mana kekuatan ahli-ahli PAS di Tanah Rancangan Felda seluruh Malaysia samada menolak durian runtuh tersebut ataupun menolak impian diri yang berlegar di dalam kepala sejak berberapa bulan dahulu. Rasionalnya, wang dapat menjadikan sahabat yang sangat rapat menjadi musuh yang paling ketat, keluarga berpecah dan terbelah, suami isteri bercerai-berai dan taraf kehidupan berputar terbalik seperti roda.

Berbalik kisah di kedai kopi seluruh Tanah Rancangan Felda tadi, Peneroka rata-ratanya sudahpun memasang impian dengan harapan durian runtuh ini akan runtuh secepat yang boleh. Ada yang bercita-cita memperbaiki rumah, menukar kereta Proton Preve, membeli pam racun berinjin dan mesin rumput untuk kegunaan ladang, menunaikan umrah, melangsaikan hutang Plasma TV dari Courts Mammoth dan macam-macam lagi. 

Suka saya ingatkan kepada semua Ayahanda Peneroka bahawa usahlah berangan-angan tinggi lagi kerana jumlahnya yang sebenar tidak dapat diketahui dan entah bila akan diterima. PM pernah memberi hint bahawa jumlahnya lebih dari wang BR1M. Maknanya kemungkinan lebih dari RM500. Ya, saya tahu bahawa Perdana Menteri kita akan mengumumkan jumlahnya pada 8 Mei ini di Jengka 8 Pahang, tetapi bagi saya, lebih baik Ayahanda menunggu sahaja berapakah jumlah sebenarnya dan selepas itu barulah Ayananda semua membuat kira-kira dimana patut Ayahanda salurkan wang tersebut. Takut nanti jumlahnya tidak sama dengan apa yang Ayahanda bayangkan. 


Wednesday, January 19, 2011

Generasi Kedua Felda dapat 500 lot tanah - Siapa punya Idea?

Photo dari pkrpahangdm


Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak telah memperuntukan sebanyak 500 lot tanah bagi mengatasi masalah perumahan Generasi Kedua Felda di Johor. Ini adalah sebahagian dari RM1.6 Billion yang telah diluluskan kerajaan kepada Felda yang dianggarkan berjumlah RM5.8 juta. Berita ini disambut gembira oleh ribuan anak generasi kedua Felda di Johor.

Pengumunan ini bukan sahaja disambut gembira oleh masyarakat Felda malah ada berberapa pihak yang mula memperkatakan bahawa ini adalah satu umpan kerajaan untuk rakyat sempena Pilihan Raya Kecil DUN Tenang. Ada juga pihak yang menyatakan ini adalah kejayaan hasil usaha gigih oleh Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang dipimpin oleh Saudara Mazlan Aliman. Dalam Blog Tukul besi mengatakan PAS memanjat syukur kepada Allah kerana tuntutan untuk rakyat sudah di ambil berat oleh Datuk Seri Najib. Walaupun beliau mengumumkan sempena lawatan beliau ke Felda Chempelak dalam DUN Tenang. Apa yang pentingnya kerajaan sudah mula mengambil perhatian atas usaha gigih perjuangan ANAK selama ini.


Keputusan kerajaan mengambil berat masalah peneroka Felda kesan daripada kesedaran peneroka bahawa hak mereka selama ini dinafikan oleh kerajaan BN. Semuanya hasil perjuangan melalui wadah ANAK. PAS yakin keputusan ini dibuat terutama sambutan di kalangan masyarakat Felda amat menggalakkan, ditambah dengan janji 100 hari Pakatan Rakyat yang akan menghapuskan Felda Plantation

Wednesday, January 12, 2011

Kerabat Jengka 13

Kepada seluruh warga Jengka 13 baik di dalam ataupun berada diluar negeri Pahang sila lah berkunjung ke laman Kerabat Jengka 13 melalui Facebook. Laman sembang ini di terbitkan oleh salah seorang Gen-2 warga Jengka 13 iaitu En Ishak Mat Piah, dengan tujuan mendengar dan berkongsi permasalahan masyarakat setempat demi kemajuan bersama. Setelah berberapa kali berdialog di alam maya, Saudara Ishak mencadangkan agar satu blog khusus untuk Kerabat Warga Jengka 13 diujudkan. Satu usaha yang sangat mulia dan wajar jika dipandang secara serius tentang pengumuman CEO Facebook, Mark Zuckerberg yang akan menutup operasi Facebook mulai 15 Mac ini. 
Aku berharap sangat agar blog yang bakal muncul nanti bukan sekadar menjadi medium untuk berkongsi cerita sensasi ataupun ada individu opportunist menjadikannya sebagai platform untuk menjual pakaian dan sebagainya tetapi biarlah ianya menjadi seakan-akan sebuah stesen berita untuk semua warga Jengka 13. Untuk menjadikannya relevan kepada warga, perlunya ada penglibatan serius dari Pegawai Kawasan, Tok Ketua Kampung, ahli-ahli persatuan dan pertubuhan, Ketua dan Naib Ketua Persatuan Belia tempatan serta ahli-ahlinya, Ahli-ahli Biro Kebajikan yang dilantik jika ada dan yang paling utama adalah penglibatan menyeluruh Ayahanda-ayahanda kita juga tak ketinggalan warga Gen2 di seluruh pelusuk tanahair. Tanpa sokong semua pihak ini, apa yang kita laungkan dan perjuangkan umpama suara halus berteriak dari seberang sungai Pahang. Tidak mungkin kita dapat menerima respon yang dimahukan.
Pendapat aku, kalau boleh jadikan Blog ini umpama sebuah persatuan yang kuat, dibarisi oleh individu yang berpendirian tetap,berani bersuara, berani gagal, berinovasi, dan yang paling penting sekali amanah dan telus.
Semoga usaha Saudara Ishak ini 

Saturday, December 25, 2010

Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010

Seramai 94,281 daripada 112,635 orang peneroka Felda seluruh negara akan menerima Bonus Insentif Produktiviti 2010. Peneroka yang menerima bonus ini terdiri dari mereka yang menghantar hasil sawit mereka ke Felda. Manakala yang lebih suka menghantar ke saluran luar hanya boleh tumpang gembira saja. 
Kata Perdana Menteri kita, Datuk Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, ini adalah bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana mereka menghantar hasil melalui Felda. Kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400 dan maksimum RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil.
Para Peneroka boleh la menuntut bonus mereka yang akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal bulan Januari 2011.





Wednesday, February 24, 2010

Aduhai ladang bapaku

Semalan aku berkesempatan melawat ke ladang sawit abah aku. dah berberapa kali dia ajak aku jenguk ladang tu. Katanya nak minta tolong aku ambil gambar keadaan ladang tu yang semak samun bagaikan tiada penjaga. Untuk pengetahuan semua, kami telah bersetuju menyerahkan balik kepada Felda untuk menguruskan tanam semula serta memungut hasil. Akan tetapi, setelah enam tahun berlalu, inilah hasilnya. Memang semak semacam tanpa pemerhatian dari pihak yang bertanggungjawab.


Ada berberapa pokok kalau kami nak hitung,mungkin sampai berpuluh-puluh yang tidak dipungut hasilnya. Ini mengakibatkan purata pendapatan abah aku berkurangan. Kemungkinan bonus lebihan buah yang menjadi kebangaan para peneroka juga jauh dari

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers