Wednesday, January 12, 2011

Kerabat Jengka 13

Kepada seluruh warga Jengka 13 baik di dalam ataupun berada diluar negeri Pahang sila lah berkunjung ke laman Kerabat Jengka 13 melalui Facebook. Laman sembang ini di terbitkan oleh salah seorang Gen-2 warga Jengka 13 iaitu En Ishak Mat Piah, dengan tujuan mendengar dan berkongsi permasalahan masyarakat setempat demi kemajuan bersama. Setelah berberapa kali berdialog di alam maya, Saudara Ishak mencadangkan agar satu blog khusus untuk Kerabat Warga Jengka 13 diujudkan. Satu usaha yang sangat mulia dan wajar jika dipandang secara serius tentang pengumuman CEO Facebook, Mark Zuckerberg yang akan menutup operasi Facebook mulai 15 Mac ini. 
Aku berharap sangat agar blog yang bakal muncul nanti bukan sekadar menjadi medium untuk berkongsi cerita sensasi ataupun ada individu opportunist menjadikannya sebagai platform untuk menjual pakaian dan sebagainya tetapi biarlah ianya menjadi seakan-akan sebuah stesen berita untuk semua warga Jengka 13. Untuk menjadikannya relevan kepada warga, perlunya ada penglibatan serius dari Pegawai Kawasan, Tok Ketua Kampung, ahli-ahli persatuan dan pertubuhan, Ketua dan Naib Ketua Persatuan Belia tempatan serta ahli-ahlinya, Ahli-ahli Biro Kebajikan yang dilantik jika ada dan yang paling utama adalah penglibatan menyeluruh Ayahanda-ayahanda kita juga tak ketinggalan warga Gen2 di seluruh pelusuk tanahair. Tanpa sokong semua pihak ini, apa yang kita laungkan dan perjuangkan umpama suara halus berteriak dari seberang sungai Pahang. Tidak mungkin kita dapat menerima respon yang dimahukan.
Pendapat aku, kalau boleh jadikan Blog ini umpama sebuah persatuan yang kuat, dibarisi oleh individu yang berpendirian tetap,berani bersuara, berani gagal, berinovasi, dan yang paling penting sekali amanah dan telus.
Semoga usaha Saudara Ishak ini 

menjadi satu titik tolak kepada kebangkitan warga Jengka 13 untuk menuju ke suatu aras yang lebih kehadapan mulai sekarang. Aku suka memetik kata-kata Kenny Dalglish Pengurus Pasukan Liverpool disaat mengambil alih pasukan itu yang amat merosot prestastinya sekarang,katanya "kita perlu berjalan dahulu sebelum kita dapat berlari". 
Semoga Organizer melantik seorang wakil dari kita yang ditugaskan mendengar dan seterusnya meneliti masalah dari Ayahanda-ayahanda kita. Maklum lah tak semua mereka biasa dengan teknologi sekarang tak seperti Ayahanda Pop Yeh Yeh kita. Aku ada mendengar dari mulut kawan-kawan disini bahawa berberapa usaha yang dilalukan oleh Persatuan Belia Jengka 13 tidak mendapat sokongan dari pihak atasan. Jika benar kenyataan mereka, ini adalah suatu yang amat merugikan. Impaknya amat besar untuk kemudian hari. Jika kita pandang kehadapan dengan jelas, kita perlu akui mereka inilah perwaris pimpinan akan datang. Persatuan Belia adalah suatu platform untuk anak muda belajar berbakti kepada masyarakat setempat. Jika suara mereka dicantas seawalnya, mereka akan patah semangat. Akhirnya ada mulut yang berani mengkritik mereka kononya tiada semangat nak memajukan kampung. 
Walaubagaimanapun, suka diingatkan kepada Ketua dan Naib Ketua Persatuan Belia serta Ahli-ahli yang berdaftar,jangan ada sifat putus asa. Tingkatkan usaha agar suara kita didengar jelas. Jangan cepat mengalah. Kaji balik apa kelemahan Persatuan kita. Kita tidak mahu lagi Persatuan Belia kita menjadi umpama Kaduk dibawah Sireh. Ada dan tak ada tak jadi bencana. Susun semula struktur organisasi dan tingkatkan aktiviti tanpa bergantung 100% dari pihak atasan.
If we want some,
we have to give some

Harapan aku lagi agar ada warga kita yang sudi berkongsi dan berani tampil membuat pendedahan ekslusif tanpa berselindung demi kebaikan dan kemajuan bersama. Kepada pihak-pihak yang tersinggung dengan artikel ini aku pohon maaf kerana ini pendapat aku secara peribadi demi kebaikan bersama dan jika ada kesilapan sila tegur kerana sikap tegur- menegur menjadikan kita belajar sesuatu benda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers