Wednesday, January 12, 2011

Hujan oh hujan lekas berhenti,usah turun lagi lama sudah kunanti


Sementara nak menunggu perlawanan bolasepak antara Liverpool menentang Blackpool jam 4 pagi nanti, belek-belek berita online dan blog-blog yang tak sempat nak baca petang tadi. Bukan tak ada masa tapi petang tadi 2 orang sahabat leka bermain Poker online sampai lupa owner nak pakai laptop. Ini lah masa nak baca isu semasa. Kat luar tu masih hujan lebat. Kemungkinan Allah S.W.T nak bagi kami sejuk sikit pasal siang tadi cuaca panas melampau. Minggu lepas hujan tak berhenti turun. Musim hujan macam ni teringat suatu ketika di zaman remaja belasan tahun. Waktu-waktu begini memang seronok bermain air. Lebih manis ketika bersama teman-teman sekampung menahan jaring untuk menangkap ikan. Gambar diatas dirakam di sekitar Jalan Felda Chemomoi-Felda Sg Kemahal di Teriang, Pahang. Tengoklah tu, nampak kepala je masing-masing. Hati-hati brader, musim banjir ni macam-macam boleh jadi. Air pun macam api gak ketika kecil boleh ditepuk-tepuk,bila besar kita tepuk dahi.

Teringat pulak cerita mak pasal banjir besar tahun 1971 atau lebih dikenali sebagai Bah besar. Aku tak de lagi masa tu. Katanya, pada masa itu ramai orang kaya menjadi miskin dan yang miskin menjadi kaya. Maksudnya, pada ketika itu golongan kaya kehilangan banyak harta benda dibawa arus dan si miskin mengambil kesempatan mengutip segala hasil yang dibawa arus hanyut. Ramai yang terkorban nyawa masa itu namun tidak tersiar di mana-mana media massa maklum la masa tu bukan ada banyak akhbar-akhbar swasta tak seperti hari ini.Sampai tak tahu nak baca yang mana satu. Soalan aku pada mak, besar sangat kah banjir masa tu. Katanya,kalau nak dikira berapa meter paras air dia tak tau nak ukur tapi dia suruh aku bayangkan yang Masjid Sultan Abu Bakar, Termerloh itu juga dinaiki air. Kalau begitu ternyata memang besar la. Takut nak bayangkan. Kepada sesiapa yang pernah ke Bandar Temerloh lama mungkin perasan Masjid ni. Terletak berhampiran Pasar pagi setiap Ahad yang lebih dikenali masyarakat setempat sebagai Pekan Sari atau Pekan Sehari. Kepada yang biasa ke Kuantan tapi jarang singgah ke Temerloh melalui Jalan lama Kuantan-Kuala Lumpur (bukan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur) korang mesti perasan Masjid ni bila berada di Jambatan Temerloh lama. Pandang sikit ke arah Sungai Pahang, akan jelas kelihatan kubah Masjid ni.

gambar di pinjam dari blog http://ohsenggora.blogspot.com

BERITA HARIAN melaporkan Lebih 5,000 penduduk 

dari 20 kampung sekitar Bau, Kuching terputus hubungan selepas satu-satunya laluan keluar melalui Jalan Bau-Serikin ditenggelami air sedalam hampir satu meter akibat hujan lebat sejak malam kelmarin. Berikutan itu, kerajaan negeri meletakkan Kuching dan Sibu dalam keadaan berjaga-jaga berikutan kemungkinan lebih banyak kawasan dinaiki air berdasarkan laporan kaji cuaca yang menjangka hujan lebat berterusan.Sehingga jam 7 malam tadi, dua pusat pemindahan banjir dibuka di Dewan Masyarakat Jalan Stephen Yong dan Surau Kampung Sinar Budi, Batu Kawah, membabitkan 83 keluarga.Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negeri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, berkata banjir kini melanda kawasan sekitar Batu Kawah, Batu Kitang, Siniawan, Bau, Serikin serta beberapa kawasan lain, namun keadaan masih terkawal. Katanya, berdasarkan laporan Stesen Jabatan Kaji Cuaca Sarawak, Kuching menerima taburan hujan kira-kira 300 milimeter (mm) dalam tempoh tidak sampai 24 jam, sehingga mengakibatkan air Sungai Sarawak naik setinggi 6.6 meter. 

"Jumlah hujan yang terlalu tinggi berbanding taburan hujan sepanjang Disember iaitu kira-kira 700 mm mengakibatkan Sungai Sarawak melimpah di beberapa kawasan. "Hujan lebat dijangka berterusan dua hari lagi namun kita agak bernasib baik kerana air laut tidak pasang membolehkan pintu baraj di kuala dapat dibuka bagi mengalirkan air hujan," katanya pada sidang media di Tambak Sungai Sarawak, Batu Kitang di sini, semalam. 
Dr Chan sebelum itu meninjau beberapa kawasan yang dinaiki air termasuk melihat sendiri keadaan tambak yang dinaiki air lebih enam meter seawal jam 6 pagi semalam selepas hujan lebat sejak kelmarin. 

Tinjauan Berita Harian di Bau mendapati puluhan kereta penduduk terpaksa ditinggalkan di kawasan Kampung Titon, selepas Jalan Bau-Serikin ditenggelami air. Antara kampung yang terputus hubungan ialah Serikin, Duyuh, Bogag, Suba Buan, Stass, Grogo, Setasat, Opar dan Tundong dengan penduduk terpaksa bergantung kepada bekalan makanan sedia ada sementara menanti bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Pada 2008, Daerah Bau yang didiami kira-kira 50,000 penduduk terputus hubungan selama tiga hari selepas semua jalan dari Kuching ditenggelami air. 

Di KOTA BHARU: Hanya daerah Tumpat yang masih dilanda banjir di negeri ini, dengan 1,439 mangsa banjir daripada 456 keluarga berada di tiga pusat pemindahan sehingga petang semalam. 

Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, berkata, hanya lapan sekolah yang masih ditutup dengan jumlah pelajar terbabit seramai 2,175 manakala 13 lagi sekolah yang ditutup sejak empat hari lalu, akan dibuka untuk sesi persekolahan hari ini. Katanya, lapan sekolah yang masih ditutup itu ialah dua di Rantau Panjang, empat di Tumpat dan dua di Gua Musang.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers