Sunday, January 16, 2011

Noorkhiriah tak layak memenangi Pelakon Drama Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2010


Hari Ahad memang masa sesuai untuk menonton tv. Petang tadi Astro Ria meyiarkan kembali Drama Antara Garisan arahan Sharulezad Mohameddin keluaran Radius One. Lakonan mantap Noorkhiriah Ahmad Shapie dan Sharifah Amani . Siapa yang tak kenal dengan Noorkhiriah. Pelakon yang baru dinobatkan sebagai Pelakon Drama Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung pada 24 Disember lalu. Biarlah semua orang memuja Fasha Sandha,Erra Fazira,Umie Aida dan lain-lain, Noorkhiriah tetap pelakon pujaan ku.
Dalam kepala otak aku ni dah set dah kalau dia berlakon for sure cerita tu mesti best.Tak kira la cerita sedih,lawak atau serius,dia mampu menghidupkan wataknya dengan baik. Ada member-member yang minat Lisdawati tu tak puashati la kononnya patut Lisdawati yang dapat anugerah tu. Bagi aku, Lisdawati pun bagus tapi Noorkhiriah terbaekk! Memang dia berhak di iktiraf Pelakon Wanita terbaik Malaysia ketika ini. Petang tadi mengalir airmata tengok cerita Antara Garisan tu. Syabas buat Noorkhiriah dan Pengarahnya Sharulezad. Ceritanya memang meninggalkan kesan. Wajarlah ia diangkat sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010.
Image courtesy of Radius One

Kisah seperti yang dipaparkan dalam 
Drama ni, sering berlaku di dalam masyarakat kita. Tidak kira di bandar atau di kampung, kita sering sahaja menghukum seseorang mengikut perasaan dan kepentingan diri sendiri. Memandang serong dan melihat keburukan orang lain dari sebelah sudut sahaja. Berapa ramai insan seperti Ayu dalam drama ni dan berapa ramai pula seperti Ustaz Arman. Apa yang pasti memang ramai manusia seperti Hatan. Bukan hak kita menentukan dosa dan pahala kerana itu kerja Allah S.W.T. Antara ayat-ayat dalam cerita ini berbunyi, ingatlah kita semua hanya terpisah diantara garisan yang sangat nipis. Bila-bila masa sahaja kita akan bertukar kedudukan jika di izin Allah.

Satu lagi lakonan mantap Noorkhiriah dalam Kerana Cintaku Saerah


Bagi sesiapa yang tak berkesempatan menonton drama ni, silalah menonton di channel alternatif. Korang pasti nangis punya. Untuk sinopsis cerita Antara Garisan ni korang bolehlah  melawat blog Amyikran.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers