Wednesday, January 19, 2011

Generasi Kedua Felda dapat 500 lot tanah - Siapa punya Idea?

Photo dari pkrpahangdm


Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak telah memperuntukan sebanyak 500 lot tanah bagi mengatasi masalah perumahan Generasi Kedua Felda di Johor. Ini adalah sebahagian dari RM1.6 Billion yang telah diluluskan kerajaan kepada Felda yang dianggarkan berjumlah RM5.8 juta. Berita ini disambut gembira oleh ribuan anak generasi kedua Felda di Johor.

Pengumunan ini bukan sahaja disambut gembira oleh masyarakat Felda malah ada berberapa pihak yang mula memperkatakan bahawa ini adalah satu umpan kerajaan untuk rakyat sempena Pilihan Raya Kecil DUN Tenang. Ada juga pihak yang menyatakan ini adalah kejayaan hasil usaha gigih oleh Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang dipimpin oleh Saudara Mazlan Aliman. Dalam Blog Tukul besi mengatakan PAS memanjat syukur kepada Allah kerana tuntutan untuk rakyat sudah di ambil berat oleh Datuk Seri Najib. Walaupun beliau mengumumkan sempena lawatan beliau ke Felda Chempelak dalam DUN Tenang. Apa yang pentingnya kerajaan sudah mula mengambil perhatian atas usaha gigih perjuangan ANAK selama ini.


Keputusan kerajaan mengambil berat masalah peneroka Felda kesan daripada kesedaran peneroka bahawa hak mereka selama ini dinafikan oleh kerajaan BN. Semuanya hasil perjuangan melalui wadah ANAK. PAS yakin keputusan ini dibuat terutama sambutan di kalangan masyarakat Felda amat menggalakkan, ditambah dengan janji 100 hari Pakatan Rakyat yang akan menghapuskan Felda Plantation

 yang dianggap tidak adil kepada rakyat.
bagaimanapun dakwaan tersebut disangkal oleh Milo Suam dalam blognya bertajuk 
Projek kebetulan yang ajaib di DUN Tenang tulisnya..Harap rakyat tidak salah paham dengan kerajaan Barisan Nasional apabila Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM 1.6 billion untuk Felda di saat DUN Tenang akan mengadakan Pilihanraya kecil, PRK. Ini bukanlah gula-gula pilihan raya, tetapi kerajaan sebenarnya sudah lama mahu mengumumkan peruntukan ini.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/01/projek-kebetulan-yang-ajaib-di-dun.html#ixzz1BYaDFASh
Sementara itu,  Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) menyifatkan peruntukan baru RM1.6 billion kepada FELDA yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, kelmarin lalu ibarat hujan rahmat serta petanda betapa kerajaan serius meningkatkan pendapatan peneroka. “Sejak Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) dilancarkan pada November tahun lalu, 457 daripada 1221 aduan diterima hingga kelmarin mengenai masalah berkenaan. Masalah itu selesai selepas Perdana Menteri mengumumkan peruntukan dana khusus RM8.5 juta bagi pembangunan prasarana 500 lot tanah kepada mereka,” kata Pengerusinya Tan Sri Rozali Ismail.

Tak kiralah siapa yang berhak mengatakan inilah hasil perjuangan mereka, sedarlah bahawa masih terdapat ribuan lagi anak Peneroka Generasi Kedua selain di Johor yang menunggu-nunggu berita seumpama itu. 
photo dari pkrpahangdm

Aku masih tertunggu-tunggu apa perkembangan kes Peneroka Jengka 13 yang menyerahkan borang Waran untuk bertindak yang dibantu Peguam Latifah Koya. Kalau diamati dari photo tersebut memang "meriah" betul sambutan Peneroka tu. Kebelakangan ini ramai Peguam yang masuk Felda atas alasan nak membantu warga Peneroka menuntut hak masing-masing. Baguslah begitu wahai peguam-peguam semua kerana sudi menolong Ayahanda kami. Tapi harap-harap janganlah korang menolong atas dasar kepentingan poket sendiri atau ada agenda tersembunyi dan matlamat yang tersimpang dari niat membantu. Kebiasaan manusia hari ini jarang buat kerja kalau percuma


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers