Thursday, July 21, 2011

Malaysia XI lawan Chelsea


Stadium Bukit Jalil hari ini memberi kita jawapan betapa peminat The Blues lebih ramai dari peminat The Gunners di Malaysia. Lautan biru menenggelamkan sorakan kuning pasukan tuan rumah. Walaupun tidak semeriah ketika pasukan The Red memukau penonton pada 16 Julai lalu, namun kita harus berbangga kerana peminat bolasepak Malaysia sudah mula memberi sokongan kepada pasukan negara.

 Aku tidak berkesempatan menonton secara langsung di Bukit Jalil kerana deman selesema. Dek kerana minat mendalam terhadap BPL, aku menggagahkan diri ke kedai kopi menonton perlawanan hari ini.Ramai juga kawan-kawan yang menonton di kedai kopi rupanya. Ramai juga yang memakai jersi Malaysia dan Chelsea FC tanda sokongan. Aku juga tak terkecuali, memakai jersi kebanggaan aku iaitu jersi Liverpool yang terbaru berwarna hitam silver.


Perlawanan sudah berlangsung 5 minit, jelas pasukan Malaysia gugup menghadapi bintang-bintang Liga Perdana Inggeris ini. Banyak kehilangan bola dan hantaran entah kemana seakan-akan menjadi trademark Malaysia. Aku kasihan dan simpati terhadap pasukan negara kerana dikutuk oleh peminat sendiri di kedai kopi ni. Mereka ketawa bila pemain kita dijatukan oleh pemain Chelsea. Aku tertanya-tanya, kemana hilangnya sifat patriotik mereka. Tiada langsung pujian kepada pemain negara walaupun berjaya mengekang Chelsea dari menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Pada aku Malaysia bermain cukup baik malam ini, barangkali juga permainan  Chelsea tidak seperti yang diharapkan peminat fanatiknya.

Sepak mula separuh masa kedua dimulakan. Muka-muka pemain utama Chelsea berada di tengah padang. Kelihatan Didier Drogba, Ashley Cole, John Terry dan Daniel Sturridge seakan-akan bisa mengoyakkan jaring gol Malaysia. Kata kawan-kawan di kedai kopi "habis lah, 6-0 la ni"...Siapa sangka, kalau jaringan Didier Drogba tidak dikira gol tadi, Chelsea tentu malu dan Andre Villas-Boas confirm pening nak mengatur strategi untuk kempen BPL 2011-2012 nanti. Syabas pasukan negara, harap Pasukan Harimau Malaya-Malaysia dapat menewaskan Singapura hari Sabtu ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers