Sunday, December 26, 2010

Malaysia 3 Indonesia 0-AFF Suzuki Cup 2010


MALAYSIA 3 INDONESIA 0



Tandukan kencang Safee Sali pada minit ke 72 memastikan Malaysia memenangi perlawan Final pertama piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini dengan jarigan 3-0. Sebelum itu dia menjaringkan gol pertama pada minit ke 60 manakala gol kedua dijaringkan oleh Asaari Samsudin pada minit ke 67 melalui sepakan kencang hasil umpanan Norsharul Idlan Talaha. Dengan 2 gol dicipta oleh Safee Sali pada perlawanan itu membolehkan beliau mendahului dalam senarai penjaring terbanyak dengan 4 gol meninggalkan pemain Indonesia yang berasal dari Uruguay  iaitu Christian Gozales dengan 3 gol. Hasil kemenangan keatas Indonesia cukup bermakna kerana pasukan Malaysia akan membawa bekalan yang agak selesa untuk pertemuan kedua di Gelora Bung Karno pada 29 Disember 2010 nanti. 
Sesungguhnya jutaan rakyat Malaysia gembira
dan bangga diatas pencapaian pasukan Harimau Malaya ini. Skuad muda ini tampil jauh berbeza dari skuad yang terdahulu. Kita dapat lihat bagaimana mereka tanpa rasa goyah dan takut,membelah bahagian pertahanan pasukan Indonesia yang agak berlainan corak permainan mereka pada kali ini. Serangan-serangan mereka dapat dibaca baik oleh pemain pertahanan Malaysia. Merka tidak berapa agressif untuk mencipta gol. Tidak seperti pada perlawanan peringkat kumpulan yang menyaksikan Indonesia berjaya mengalahkan pasukan Malaysia dengan jaringan 5-1. Kekalahan itu telah dilupakan. Dengan kemenangan ini, seluruh rakyat Malaysia dapat menggangap kekalahan itu hanya sebagai medan untuk menguji kekuatan sebenar Indonesia.

Disamping menyaksikan keajaiban yg dicipta oleh anak-anak muda Harimau Malaya ini, ada berberapa insiden yang kurang enak untuk diperkatakan. Isu pancaran laser dan balingan mercun. Ramai yang marah kerana pengadil tepaksa menghentikan seketika permainan dek kerana ada segelintir penonton menghalakan pancaran laser ke arah penjaga gol Indonesia iaitu Markus. Adakah pancaran laser ini dilakukan oleh penonton yang tidak kita ketauhui Ada juga  kemungkinan dari penyokong Indonesia itu sendiri yang cuba membuat provokasi. Dari komen di kebanyakan forum, menceritakan bahawa isu pancaran laser telah bermula semenjak perlawanan pertama di Jakarta lagi.

Untuk melihat clip video isu pancaran laser ini sila klik

Tahniah buat pasukan Malaysia atas kejayaan yang amat membanggakan. Perlu juga diingatkan, ada 90 minit lagi baki masa yang perlu kita harungi sebelum dapat menjulang buat pertama kalinya Piala AFF Suzuki. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers