Wednesday, December 29, 2010

Tips-tips Azam 2011



Pejam celik, pejam celik, lagi 2 hari kita bakal menyambut ketibaan tahun baru 2011. Apa pasal kita selalu suka sebut pejam celik-pejam celik? Dari zaman tok nenek moyang lagi kita pakai perkataan ni. Jawapan nya tu menandakan kita masih di beriNya kesempatan untuk bernafas. Kalau pejam terus, ha! Sendiri pikir la kan. Seperti kebiasaannya, perkataan yang sangat sinonim dengan tahun baru adalah tak lain dan tak bukan.AZAM. Selalu kita tanya kat member-member 
'Apa azam ko tahun ni"?
"tahun ni aku berazam nak..bla..bla..bla"

Azam adalah satu perkataan yang aku rasa membawa maksud menentukan, menetapkan, memutuskan sesuatu yang kita anggap belum kita capai. Ia juga adalah sebuah pengharapan. Aku tak pernah punya azam pada tahun baru. Pada aku,azam boleh dibuat tidak semestinya pada saat-saat menjelang tahun baru. Bulan Jun ke bulan September ke asalkan kita set satu tempoh berapa lama kita perlukan masa untuk melengkapkan sesuatu perkara itu.

Ada tak sesiapa yang bila member tanya apa azam, terus jadi blur. Tak tau pe nak jawab. Terus terang cakaplah, yang jenis ni sebenarnya tak de visi yang serius untuk tahun hadapan. Segalanya malap-malap jer. Ataupun dia tak berani nak cakap sebab bakal mengundang gelak ketawa rakan apabila dia memperkatakan tentang Azam nya.
Baik, untuk mereka yang kurang pasti apakah azam sebenar mereka, dibawah ni ada sedikit tips yang anda boleh cilok


AZAM TIAP-TIAP TAHUN DENGAR / STANDARD / KLISE 
  • Target dan misi aku untuk 2010 belum lagi tercapai. So, semua itu akan dibawa ke tahun 2011 ni.
  • Semoga kehidupan aku lebih baik dari tahun yang lepas .. amin!!


  • Nak berjaya dalam bidang perkapalan yg aku ceburi...
  • Nak tambahkan amal dan iman di dada..
  • Nak tambah apa yg kurang
  • Nak upgrade mane yg belom upgrade
  • Nak buat mana yag belum buat
  • Nak elak mana yg patut 
  • Nak simpan yang x tersimpan2 
  • Untuk berjaya keseluruhannya - membantu keluarga, kwn2 dan masyarakat sedaya yg termampu.
  • Nak cari orang umah.....opsssss... cari umah... hihhihi
  • Aku nk dpt 4flat ntuk exam..wah..besar nye azam aku..takot tol..pastu nk jimat..xnk boros2 lagik..insya-Allah
  • Nak wit banyak banyak..
  • Nak jadi anak yg solehah
  • Sambung azam taun lepas lagi lah....




AZAM-BERAZAM
Nak balik sarawak.
Nak pindah Sabah.
Nak jelajah Semenanjung sebelum pindah


Nak msuk p'tndingan sajak n pantun
Nak kkal kn jd bendahari pngawas 4 next year!!

Nak masuk pertandingan AF/Bintang Klasik/Idola besar/Teka silangkata

AZAM BERDENDAM
Nak balas dendam kerana kalah dalam Piala AFF 
Nak tunjukkan pada bekas awek/balaks/tunang/isteri/suami yg kita mampu cari yg lain
beli Proton Inspira dan tunjuk kepada jiran sebelah/pak mertua


AZAM DESPERADOS
Tunggu orang masuk minang.

Untuk berjaya dalam Kehidupan - cari calon isteri dan berkahwin.
Untuk berjaya dalam Hutang - cari duit byk2 langsaikan hutang keta, credit card dll.
Untuk berjaya membuat hutang baru - beli kereta dan rumah.
Untuk berjaya membetulkan apa yg tak betul pd diri & tabiat buruk selama ni. :(

Nak duduki exam PTK, exam keta, exam STP, dan moga berjaya semuanya.
Nak lupakan CINTA.. ( hak hak hak..ni azam kelakar)

Nak kurangkan gadoh ngn boyfirend aku..wah!!ahaks..
Nak kecik kan bdn sikit....ekekkekeke... ni

Nak khawin gak tahun ni..walaupun dengan Andartu/Jandartu/dudertu/Antertu..tak kira
Nak cuba tak mau pinjam along/pusat pinjaman berlesen lagi

AZAM BOSS
Nak kembangkan perniagaan ke peringkat Global
Nak kekalkan prestasi syarikat sambil jimat duit syarikat, cantas mana yang patut hi hi hi
Nak tukar kereta syarikat

AZAM STAFF 
Nak mintak naik gaji,kalau  tak dapat aku cari kerja lain (dah seploh kali camni,masih tak berenti-berenti)
Nak kurangkan songlap harta syarikat nanti duit tak berkat
Nak tingkatkan produktiviti 
Tak nak ponteng lagi sebab boyfriend/girlfriend kerja satu department
Nak kurangkan cuti lebihkan MC
lebih rehat,kurang kerja

AZAM JAGA (Sercurity Officer)
Nak JAGA Company ni baik-baik
Nak paksa boss tukar van baru

AZAM SEPASANG KEKASIH
Nak ke jinjang pelamin
Nak terus saling cinta menyintai 

AZAM SUAMI MUDA
Nak bahagiakan suami
Nak settlekan semua hutang masa majlis khawin dulu
Nak bina keluarga yang bahagia

AZAM IBU MUDA
Nak jaga suami  pulak selepas dah lama jaga baby jer
Nak hack akaun facebook suami
Nak berbaik dengan ibu mertua

AZAM PELAJAR SEKOLAH
Nak belajar jadi macam Detective Conan
Nak ada Handphone
Nak ada video clip sendiri??????

AZAM PENEROKA FELDA
Nak tengok harga sawit/getah naik lagi
Nak tambahkan hasil ladang
Nak kurangkan jualan hasil ke luar selain Felda

AZAM KAKI PANCING
Nak dapat lesen sebarau guna popper...
Dapat lesen jig...

AZAM ANGGUR-BEST
Untuk berjaya dalam kerjaya - cari dan dapatkan lebih banyak kerja.

AZAM PELAJAR U
Nak belajar bersungguh-sungguh (Azam Tahun pertama)
Nak amek post basic course of Emergency and Trauma Medicine... or learship course.. 
Nak beli motor

AZAM PELIK

Aku berharap aku boleh jadi seperti ikan supaya aku boleh duduk di dalam air dan bukan didarat yang penuh dengan kekecohan dan huru hara
Kalau boleh tahun depan nak belajar jadi Halimunan, boleh tengok semua benda. "Semua" benda????

AZAM ORANG BUJANG
Nak cari duit untuk khawin
Nak cari calon kekasih,tak kira lah dalam facebook ke Twitter ke Tagged ke...

Jadi macamana? Adakah azam anda sama seperti diatas. Sedikit-sedikit mesti ada kena 1 ke 2 ke. Tak kira la apa azam anda, hanya anda yang tahu apa yang anda sendiri mahukan. So, berazam lah anda untuk bereskan azam anda itu. 






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers