Wednesday, July 25, 2012

Lemang Ramadhan-penyediaan membuat lemang

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur olehNya untuk merasai nikmat bulan yang penuh berkat ini. Kepada umat Islam yang tahu akan kelebihan bulan yang mulia ini pastinya menunggu-nunggu kedatangan Ramadhan dan bagi mereka yang masih alpa, ia hanyalah satu rutin biasa yang perlu ditempuh setiap tahun.

Ramadhan kali ini seperti tahun sebelumnya aku mencari rezeki dengan meniaga lemang. Pada asalnya tahun ini aku tidak mahu lagi meniaga lemang. Seorang sahabat yang juga rakan kongsi niaga mengesyorkan kami meniaga cempedak goreng. Namun atas sebab ketiadaan bekalan, kami terpaksa meneruskan dengan plan B iaitu Lemang. Pada sesetengah orang lemang hanya dimakan pada Hari Raya sahaja. Ya, tapi itu dulu. Kini lemang tidak lagi menjadi makanan esklusif di Hari Raya sahaja. Ia boleh didapati dimana-mana sahaja. Di Temerloh ini kalau anda rajin menoleh ke kiri dan kanan jalan terdapat berberapa gerai yang menjual lemang. Dari Kuala Lumpur menghala ke Pantai Timur pun anda boleh lihat gerai lemang. Nasib lemang sekarang sama seperti Maruku yang pada masa dahulunya kita hanya boleh makan di hari Depavalli.

Meniaga lemang memang menguntungkan. Namun proses pembuatannya amat rumit. Yang paling leceh sekali ialah untuk menyediakan buluh. Andai ada yang offer buluh lemang untuk dijual, mahu saja aku beli tapi penjual buluh lemang hanya akan beroperasi pada hari-hari terakhir puasa. Selepas buluh siap dipotong dan dibersihkan, mulalah kerja-kerja yang mudah namun rumit seperti menyiapkan santan dan proses membakar.

Proses penyediaan lemang

6.00 pagi- rendam beras pulut
8.00 pagi- Tebang buluh dan potong serta cuci
9.00 pagi- mencari daun pisang / daun lerek
10.00 pagi-kupas kelapa, parut dan perah santan
11.00 pagi-mengisi daun pisang / lerek dan masukkan beras pulut yang sudah di toskan airnya
12.00 tengahari-Membakar
1.00 petang-menyediakan rendang ayam / daging.
3.00 petang-lemang dan rendang yang sudah dimasak akan dibawa ke pasar Ramadhan

Alhamdulillah semenjak puasa yang pertama lagi lemang kami laris. Jadi untuk jualan esoknya kami perlu menjalani rutin seperti biasa yang ditunjukkan diatas. 





Wednesday, July 11, 2012

Isteri mangsa fanatik politik


Pagi ni akhbar kosmo memetik pasangan warga emas bercerai gara-gara tidak sehaluan dalam politik. Saya sangat sedih kerana kes sebegini masih berlaku dalam masyarakat kita. Jangan lah kita terlampau taksub akan politik dunia jika kita sekadar pengikut atau orang biasa sahaja dalam parti. Bertekak sampai tegang urat leher dikedai kopi, akhirnya apa yang kita dapat. Hanyalah sehelai baju leher bulat dan topi. Tak kemana pun kita. Hilang isteri, hilang suami, hilang saudara mara dan kawan-kawan. Tak berbaloi..

Saya berharap sangatlah agar masyarakat di kampung saya jadikan ini sebagai tauladan. Jangan pula ada warga emas di kampung saya bercerai kerana seorang warna biru dan seorang lagi warna hijau..Kedua-dua warna tu penting kalau tak pelangi tak seindah itu...


Wednesday, July 4, 2012

Kerja baru

Lama benar rasanya tak jenguk blog ni. Andai la ianya sebidang tanah, mungkin sudah ditumbuhi lalang atau pokok balek angin. Andai ia sebuah rumah, sudah tentu ada yang masuk tumpang tidur! Ha, Jinn atau manusia di alam khayalan. Yang mana satu?..

Semenjak-dua menjak ni saya begitu sibuk dengan urusan kerja. Tambahan pulak sekarang ni diberi tugas untuk menulis draf perlembagaan Pertubuhan yang akan di tubuhkan di Jengka 13 ini. Pertubuhan ini ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul Anak-anak muda Generasi ke 2 Felda di Jengka 13 ini yang mempunyai cita-cita untuk melihat pembangunan di kampung sendiri. Sebelum ini Persatuan yang ada di sini hanyalah Pertubuhan Belia yang bernaung dibawah Majlis Belia Felda. Namun tidak banyak usaha yang dilakukan oleh Pertubuhan ini disebabkan oleh perkara-perkara yang tertentu. Saya tidak mahu menyentuh lebih lanjut apa permasalahan Persatuan Belia di sini. Biarlah Pengerusi dan SU Belia serta AJK mereka mengatasinya.

Apabila tertubuhnya Pertubuhan ini dapatah kiranya kami membawa masuk peluang-peluang yang telah disediakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri ataupun dari Agensi-agensi lain bagi membimbing atau memberi peluang kepada anak-anak muda generasi ke2 yang tidak mempunyai pendapatan tetap untuk meningkatkan Ekonomi. Untuk makluman semua, kebanyakkan Belia di Jengka 13 ni tidak mempunyai kerja tetap dan hanya mengharapkan pendapatan dari hasil ladang sawit yang dikongsi adik beradik. Saya tidak menyalahkan mereka kenapa tidak mencari kerja yang boleh menjamin masa depan tetapi kebanyakan dari mereka terpaksa tinggal disini untuk menjaga orang tua yang sudah tidak berdaya. Kalau kita lihat di sekitar Jengka ini tidak begitu banyak peluang pekerjaan untuk menampung jumlah anak-anak Generasi ke2. Tidak banyak.

Thursday, April 26, 2012

Blue Form Saham FGVH untuk Peneroka Felda


Di Jengka sekarang cuaca amat panas bila tengahari. Bagi Peneroka Felda yang mampu memasang set penghawa dingin, sudah tentu ini bukan satu masalah cuma bila bil TNB sampai baru datang masalah. Musim panas begini memang syok kalau pekena ais kacang, ABC tak pun licikang. Tak hairan la di Tanah Rancangan Felda banyak terdapat warga Generasi ke2 merebut peluang berniaga ABC. Kadang-kadang terdapat 6 gerai ABC di satu Tanah Rancangan Felda. Tak pe, pandai rebut peluang.

Singgah di salah sebuah gerai ABC berdekatan rumah, seorang pakcik memberitahu bahawa dia mendengar berita yang diheboh-hebohkan, Peneroka akan menerima durian runtuh serta saham yang bernilai ribuan ringgit. Tentang durian runtuh tu tak tahu nak kata lah. Adakah sampai ribuan ringgit atau ratusan ringgit sahaja. Tunggu      YAB Perdana Menteri umumkan nanti. Hal satu lagi yang dikatakan Peneroka akan menerima saham ribuan ringgit itu mungkin ada benarnya. Ini kerana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan pernah berkata di Dewan Rakyat bahawa Peneroka Felda akan menerima durian runtuh dan Saham dalam bentuk Blue Form sempena penyenaraian Felda Global Venture Holding FGVH June ini. 

Apa bendanya yang Blue Form ini? Ramai yang tak faham. Maklum lah ini istilah orang main saham. Kat sini saham K.T.M tahu lah. Beli singgit kalau kena no 1 dapat dua ribu setengah. Tu yang dipanggil "A ticket to hell" ye tak?. Saya pun tak faham sangat tentang main saham ini. Adalah dulu main saham sekali. Belipun tak banyak hanya 10 Lot saja tu pun buat loan dengan Maybank. Bila prestasi saham dah tak se gah masa mula diapungkan, saya dengan pantas menjual semua 10 lot tersebut. Adalah untung sikit buat belanja bertunang. Okay, Blue Form atau Borang Biru selalunya di beri kepada kakitangan sesebuah syarikat yang akan disenaraikan di Bursa Saham. Dengan penyenaraian FGVH, Felda akan memberi Peneroka saham secara Blue Form dan Staff Felda akan diberi saham dalam bentuk Pink Form. Bezanya ialah Blue Form diberi secara percuma,tidak perlu membayar untuk memiliki saham tersebut. Manakala Pink Form perlu membayar harga penuh mengikut nilai harga tawaran sesebuah saham. Bagi kakitangan Felda yang mempunyai banyak wang, saya nasihatkan belilah. Kalau tak mampu, buatlah loan di Bank bagi yang belum di Blacklist oleh mana-mana syarikat kewangan. Contohnya jika setiap seorang Peneroka menerima saham berjumlah 10 Lot yang ditawarkan dengan harga RM1.00 setiap unit saham, ini bermakna setiap seorang Peneroka Felda menerima RM10,000 dengan syarat mestilah membuka akaun CDS (Central Depository System) kalau tidak ianya tidak bernilai kerana tidak boleh dijual. CDS adalah tempat dimana kita akan menyimpan saham-saham ini. Cas perkhidmatan untuk membuka akaun CDS ni hanyalah RM10 sahaja. Moh buka akaun CDS cepat-cepat.

Wednesday, April 25, 2012

Durian runtuh FGVH-Rahmat untuk Peneroka Felda atau sebaliknya


Isu panas di merata kedai kopi di tanah rancangan Felda pada masa ini sudah tentulah mengenai "durian runtuh" untuk peneroka berikutan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) ke Bursa Saham. Lupakan dulu isu anak siapa yang lahirkan anak tidak berbapa, anak siapa yang dibelasah kerana mencuri buah sawit di ladang yang di selia oleh Felda Plantation, lembu dan kerbau siapa yang dilanggar oleh si fulan sampai pecah bumper keretanya. Lupakan dulu seketika. Sambung nanti selepas dapat durian runtuh dulu. Hal duit lagi manis untuk dibicarakan.

Ada pemimpin parti politik menyatakan bahawa itu adalah sebahagian dari gula-gula kerajaan kepada warga peneroka yang diketahui umum sebilangan besarnya adalah  penyokong kerajaan hari ini. Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang telah mengeluarkan fatwa bahawa  ‘durian runtuh’ yang bakal di terima peneroka Felda itu adalah rasuah politik, dengan niat agar peneroka mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang. Rujukan dari http://suarapakatanrakyat.com/2012/04/haram-hukumnya-ahli-pas-ambil-durian-runtuh-felda/ Tajuk artikel berkenaan ialah Haram hukumnya ahli PAS ambil durian runtuh Felda. 

Jika ditanya kepada ahli PAS di Tanah Rancangan Felda hari ini samada mahu menolak wang durian runtuh tersebut saya pasti tidak ramai yang menanggukkan kepala tanda setuju. Dalam blog tersebut tertulis "Jumlahnya mungkin mampu mengaburkan mata kerana nilai yang lebih besar, tapi disinilah keistimewaan ahli PAS, demi mempertahankan akidah dan agama Islam, kita seharusnya sanggup menolak semua kelebihan dunia, tidak kira apa nilainya."  Mungkin inilah masanya kita dapat melihat sejauh mana kekuatan ahli-ahli PAS di Tanah Rancangan Felda seluruh Malaysia samada menolak durian runtuh tersebut ataupun menolak impian diri yang berlegar di dalam kepala sejak berberapa bulan dahulu. Rasionalnya, wang dapat menjadikan sahabat yang sangat rapat menjadi musuh yang paling ketat, keluarga berpecah dan terbelah, suami isteri bercerai-berai dan taraf kehidupan berputar terbalik seperti roda.

Berbalik kisah di kedai kopi seluruh Tanah Rancangan Felda tadi, Peneroka rata-ratanya sudahpun memasang impian dengan harapan durian runtuh ini akan runtuh secepat yang boleh. Ada yang bercita-cita memperbaiki rumah, menukar kereta Proton Preve, membeli pam racun berinjin dan mesin rumput untuk kegunaan ladang, menunaikan umrah, melangsaikan hutang Plasma TV dari Courts Mammoth dan macam-macam lagi. 

Suka saya ingatkan kepada semua Ayahanda Peneroka bahawa usahlah berangan-angan tinggi lagi kerana jumlahnya yang sebenar tidak dapat diketahui dan entah bila akan diterima. PM pernah memberi hint bahawa jumlahnya lebih dari wang BR1M. Maknanya kemungkinan lebih dari RM500. Ya, saya tahu bahawa Perdana Menteri kita akan mengumumkan jumlahnya pada 8 Mei ini di Jengka 8 Pahang, tetapi bagi saya, lebih baik Ayahanda menunggu sahaja berapakah jumlah sebenarnya dan selepas itu barulah Ayananda semua membuat kira-kira dimana patut Ayahanda salurkan wang tersebut. Takut nanti jumlahnya tidak sama dengan apa yang Ayahanda bayangkan. 


Thursday, October 13, 2011

Facebook status update

Aku salah seorang dari berjuta rakyat Malaysia yang tak pernah lekang dari melayari laman web Facebook. Tidak ada sebab yang penting untuk melihat apa yang terkandung didalamnya. Hanya kerana dah terbiasa agaknya. Facebook adalah laman web yang kedua aku akan buka selepas membuka email peribadi. Pendek kata-bukan panjang yang kata, tak sah lah kalau tak tengok Facebook dalam sehari.

Namun akhir-akhir ini, terasa bosan pulak bila sesetengah kenalan yang tak berapa kenal (sebenarnya) mengemaskini status yang entah apa-apa. Kadang-kadang naik bosan pulak membacanya. Ada yang tak habis-habis nak ucapkan kata-kata menyesal meninggalkan sidia, bosan, lapar, nak basuh moto, sakit perut nak gi jamban..aiyooo. Semua tu perlu update ke? Tak paham gue!

Friday, August 19, 2011

Dialog Ajis dan Sudin


Gambar diatas di petik dari filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee bertajuk Seniman bujang lapok. Di bintangi oleh beliau sendiri, Aziz Satar (Ajis) dan S.Shamsudin (Sudin). Ayatnya sengaja ditukar memandangkan sekarang kita berada di musim perayaan. 

Di kawasan Felda kami ini, dah makin kerap bunyi mercun bola, mercun roket dan sebagainya. Walaupun usaha kerajaan membenteras habis-habisan penyeludup dan penjual mercun ini namun masih terdapat segelintir peniaga yang berani mengaut keuntungan tanpa memikirkan risiko akibat dari aktiviti penjualan mercun ini. Pada masa ini mereka yang memiliki barangan haram ini boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 dengan membawa hukuman penjara maksimum 5 tahun atau denda RM10,000.00 atau kedua-duanya sekali. Ada berberapa pihak mendesak kerajaan supaya meminda akta ini kepada hukuman penjara madatori.

Semasa di zaman kanak-kanak, aku seperti kana-kanak lain suka bermain mercun. Namun ketika itu seingat-ingat aku, hanya ada bunga api, mercun katak, mercun roket dan lain-lain mercun yang tidak begitu berbahaya. Ketika itu tidak tercipta lagi mercun bola yang sangat popular sekarang sehinggakan meragut berberapa jari kanak-kanak melayu. Ya, melayu. Kenapa? Kerana bila tiba perayaan Tahun Baru Cina dan Depavalli, jarang tersiar di ruang media bahawa ada kanak-kanak berbangsa selain melayu terputus jari akibat mercun. Dalam budaya cina memang dari dahulu acara pembakaran mercun menjadi tradisi nenek moyang mereka. Teringat kata-kata seorang rakan berbangsa Cina, katanya kalau dibakar satu mercun, hantu yang datang ke kampung untuk membuat kacau bilau akan lari hingga ke tujuh buah bukit. Bayangkan seratus mercun papan kalau dibakar, berapa ratus bukit hantu melarikan diri. 

Ketika di zaman kanak-kanak dulu aku dan kawan kawan amat gemar bermain meriam tin melo (Milo). Kekuatan bunyinya hampir menyamai meriam buluh. Oleh kerana di Rancangan Tanah Felda ini amat kurang buluh bersaiz meriam maka tin melo dijadikan ganti. Apabila berhadapan dengan sesuatu yang merbahaya kami sangat menitikberatkan akan keselamatan diri, Tin melo akan di ikat kemas supaya tidak pecah. Jika pecah, risiko kecederaan serius amatlah tinggi. Selepas dipastikan ikatan tin melo kemas, tin tersebut akan di tanam menyenget sedalam satu kaki di dalam tanah. Dia atas tanah tersebut di tindih pula dengan batu-batu berat supaya tin tidak melompat mengenai angota badan kami. Apabila siap, meriam akan disikan dengan ketulan belerang karbait dan di curah sedikit air untuk mengeluarkan gas. Setelah gas mula memenuhi ruangan  tin melo tersebut, maka sumbu akan di cucuh dengan buluh panjang bernyalakan api. Sekiranya kita duduk berdekatan dengan meriam, kita tidak dapat merasa sangat dentuman meriam tersebut. Sebaliknya orang yang berada agak jauh akan merasa gegarannya. Dahulu bunyi meriam menunjukkan seolah-olah berlaku perperangan kerana kami saling berlawan bunyi dengan rakan-rakan di blok yang lain. Rancangan Tanah Felda dibahagikan kepada berberapa blok.

Ada sejenis permainan di musim perayaan dahulu akan aku ceritakan di entri yang akan datang.










Thursday, August 4, 2011

Perempuan itu


Perempuan ni pernah hadir dalam mimpi aku. Petang tadi dia lalu dihadapan aku di Pasar Ramadhan. Aku terpaku sejenak. Walau wajahnya kelihatan sekali imbas, namun aku tahu itu memang dia. Jauh aku memandangnya sampai tak kelihatan lagi. Aku menunggu kalau-kalau dia berpatah balik namun hampa. Aku tidak pasti kalau dia muncul lagi suatu hari nanti..

Ya, kalau dia muncul,apa kau nak buat hah? Pasti nya kau akan membiarkannya. Sama seperti mereka yang terdahulu tanpa sepatah bicara hati..

Thursday, July 28, 2011

Kontraktor TNB musnahkan pokok buahan penduduk Felda?

Pernahkan anda terfikir, apa jadual harian kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) selain dari membaiki talian elektrik dan memotong bekalan jika anda lambat membuat pembayaran? Seikhlas hati saya katakan, tidak terfikir pun. Pagi ini saya mula terfikir, apakah lagi rutin harian mereka selain diatas tadi.

Sambil minum kopi dan membaca akhbar Utusan Malaysia dibawah pokok rambutan, datang berberapa orang berjaket keselamatan hijau membawa sebilah sabit kelapa sawit, masuk ke halaman rumah. Kata salah seorang dari mereka, TNB mengarahkan semua pokok-pokok yang bersangkutan dengan talian elektrik harus di cantas. Ini kerana jika dibiarkan akan mengakibatkan bekalan elektrik sering terganggu bila dahan pokok yang bersangkutan, ditiup angin. Patut laaaa...

Walaupun terpaksa mengorbankan berberapa biji rambutan muda, saya puji usaha kontraktor TNB ini kerana bersusah payah memotong dahan-dahan rambutan demi memastikan pengguna tidak mendapat gangguan bekalan elektrik. Anda perlu tahu, mencantas dahan rambutan dengan menggunakan sabit kelapa sawit amat memeritkan kerana, dahan rambutan jauh berbeza kerasnya dari dahan kelapa sawit. Syabas. Ohh!..rambutan ku..

Tuesday, July 26, 2011

Saman parfume AXE Kerana Gagal Memikat Perempuan







New Delhi, Seorang lelaki india berusia 26 tahun menyaman perusahaan HUL (Hindustan Unilever Limited), yang memasarkan produk wangian lelaki AXE, dengan tuduhan telah menipu dan menyebabkan ‘penderitaan mental’.


Alahai bro, kalau anda gagal memikat perempuan, jangan salahkan pewangi tersebut. Ini kerana, memikat perempuan bukan hanya bersyaratkan wangi sahaja. Banyak benda yang lu kena ambik kira. Setakat wangi saja tak jalan bro. Aku pun ada beli AXE, bukan sebab nak pikat perempuan. Masa ke kaunter jualan Axe, aku ternampak botol AXE yang "berperisa" chocolate. Sebagai peminat chocolate, aku memang teruja la nak tau macamana baunya. Ternyata memang menakjubkan. Soal awek terpikat ke, itu tolak tepi.


Nasihat aku, kalau lu susah sangat nak pikat perempuan, datang je ke Malaysia. Dengan rupa kau yg macam tu, sah-sah awek melayu tergoda punya. Awek melayu jangan marah. Ini kenyataan. Dah ramai sangat aku tengok kat Subang Jaya ni, awek Melayu berpacaran dengan orang-orang dari negeri Popostan, Pongostan dan Stan-Stan yang lain. Macam lah takde lagi lelaki Melayu di Malaysia ni.


Berita Penuh Lelaki Saman AXE



Thursday, July 21, 2011

Malaysia XI lawan Chelsea


Stadium Bukit Jalil hari ini memberi kita jawapan betapa peminat The Blues lebih ramai dari peminat The Gunners di Malaysia. Lautan biru menenggelamkan sorakan kuning pasukan tuan rumah. Walaupun tidak semeriah ketika pasukan The Red memukau penonton pada 16 Julai lalu, namun kita harus berbangga kerana peminat bolasepak Malaysia sudah mula memberi sokongan kepada pasukan negara.

 Aku tidak berkesempatan menonton secara langsung di Bukit Jalil kerana deman selesema. Dek kerana minat mendalam terhadap BPL, aku menggagahkan diri ke kedai kopi menonton perlawanan hari ini.Ramai juga kawan-kawan yang menonton di kedai kopi rupanya. Ramai juga yang memakai jersi Malaysia dan Chelsea FC tanda sokongan. Aku juga tak terkecuali, memakai jersi kebanggaan aku iaitu jersi Liverpool yang terbaru berwarna hitam silver.


Perlawanan sudah berlangsung 5 minit, jelas pasukan Malaysia gugup menghadapi bintang-bintang Liga Perdana Inggeris ini. Banyak kehilangan bola dan hantaran entah kemana seakan-akan menjadi trademark Malaysia. Aku kasihan dan simpati terhadap pasukan negara kerana dikutuk oleh peminat sendiri di kedai kopi ni. Mereka ketawa bila pemain kita dijatukan oleh pemain Chelsea. Aku tertanya-tanya, kemana hilangnya sifat patriotik mereka. Tiada langsung pujian kepada pemain negara walaupun berjaya mengekang Chelsea dari menjaringkan gol pada separuh masa pertama. Pada aku Malaysia bermain cukup baik malam ini, barangkali juga permainan  Chelsea tidak seperti yang diharapkan peminat fanatiknya.

Sepak mula separuh masa kedua dimulakan. Muka-muka pemain utama Chelsea berada di tengah padang. Kelihatan Didier Drogba, Ashley Cole, John Terry dan Daniel Sturridge seakan-akan bisa mengoyakkan jaring gol Malaysia. Kata kawan-kawan di kedai kopi "habis lah, 6-0 la ni"...Siapa sangka, kalau jaringan Didier Drogba tidak dikira gol tadi, Chelsea tentu malu dan Andre Villas-Boas confirm pening nak mengatur strategi untuk kempen BPL 2011-2012 nanti. Syabas pasukan negara, harap Pasukan Harimau Malaya-Malaysia dapat menewaskan Singapura hari Sabtu ini.

Saturday, April 23, 2011

Makanan di Pahang MAHAL..

Semalam aku berada di Bentong kerana ada urusan kerja. Cuaca amat panas hari tu. Hajat hati nak siap kan kerja di sana secepat yang mungkin namun, Pengurus yang sepatutnya aku berurusan tu ada meeting penting. Jadi terpaksa aku tunggu. Untuk menbuang masa terluang tu aku memutuskan untuk bersiar-siar di sekitar Bandar Bentong. Aku memang suka melihat keadaan bandar yang separuh moden-separuh usang seperti di daerah Bentong ni. mengingatkan aku akan daerah Kluang, Johor. Sebutkan sahaja jenis kedai apa yang korang nak cari disini, pasti ada.

Agak susah nak cari kedai makan masakan melayu dalam Bandar Bentong ni kerana perniagaan kebanyakkannya di monopoli oleh kaum Cina. Kebanyakkan Peniaga Melayu berniaga di pinggir jalan. Jadi kalau korang berasa lapar sebelum sampai ke Bandar Bentong, elok lah singgah kat mana-mana gerai tepi jalan. Bukan tak ada langsung gerai peniaga Melayu dalam kawasan bandar tapi kalau mencari silap-silap tak jumpa. Ada sebuah Restoran Masakan Padang di sebelah Pasaraya TF. Aku teringat semasa berada di Kampung Medan, Petaling Jaya dulu. Masakan Padang di sebuah restoran disana memang "Marvelous". Tapi berlengah aku masuk ke Restoran tersebut. Alangkah kecewanya aku bila mendapati restoran ini hanya menyajikan Nasi Ayam. Tidak seperti gambaran dalam kepala otak ni yang masih terbayang kan hidangan Nasi Padang Kg Medan. Oleh kerana aku dah hilang mood dan terasa tertipu oleh Signboard Nasi Padang yang besar tapi hampeh, aku beralih ke Restoran bersebelahan yang menyediakan Nasi Campur.
Layanan di kedai ni tak berapa bagus. Dah dua minit aku tercongok di rak lauk-lauk. Pelayan restoran ni langsung tak pandang. Asyik kehulu-kehilir macamlah sibuk sangat. Aku tengok pelanggan ada dua orang je. Aku pun buka sendiri tong nasi putih konon-konon "Self-service" la. Dengan tiba-tiba sorang pelayan datang mencapai senduk nasi dan mengcedok nasi dengan wajah yang kelat. Lauk di Restoran ni boleh dikatakan agak sedap. Kena la dengan taste aku. Aku memilih Ikan Pelaling goreng, Daging kari dan air sirap. Semua sekali RM8.90. Fuhh! Boleh tahan juga harganya..Melambung beb!

Tengahari tadi aku berada di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Banyak yang dah berubah walau baru setahun aku meninggalkan Ibu Kota ini. Perkara pertama yang terlintas dalam hati ini ialah mencari warung makanan Melayu. Aku singgah di sebelah kaki lima berhampiran Petaling Street. Kat situ ada dua gerai Melayu yang menyajikan makanan best. Aku teringat pasal harga makan di Bentong semalam. Untuk menguji samada harga di Bentong mahal atau tidak, aku mencuba menu yang sama. Ternyata harganya hanya RM5.80. Beza antaranya ialah RM3.10. Cam macam boleh beli dengan nilai sebanyak itu.
Aku akui di Pahang ni bab makan memang mahal. Pernah di Jerantut aku makan nasi lemak kopi ais kena charge sampai RM13.00. Kalau di sekitar Selangor dah confirm dalam RM7.00 jer kalau makan berdua. Patin Masak Tempoyak Temerloh RM13,000.00. Tak mustahil...






Tuesday, April 12, 2011

Ikan Patin Masak Temerloh RM13,000


Dah setengah hari duk berkerja di rumah pelanggan di Bukit Angin, Temerloh. Hari makin panas, tekak makin dahaga. Jadi aku dan sahabat ambil peluang keluar makan sekejap untuk menambah energi yang sudah sampai ke tahap kritikal. Sahabat mengajak ke Restoran Nasi Ayam namun aku tak berapa bersetuju. Panas-panas gini takde mood nak makan Nasi Ayam.

Kami singgah di Gerai nasi campur berhampiran Stesen Minyak Petronas berhadapan betul dengan Sungai Pahang. Setelah memesan air sirap bandung, kami memilih lauk masing-masing. Kata sahabat "ko jangan ambik ikan patin tu, nanti tak mampu nak bayor". Mak cik tuan kedai tu tersenyum jer. Katanya "bukan kat gerai ni yang charge sampai RM13,000 tu..nu kat jambatan sana". Oooooo..baru taw ni.

Cerita ikan patin RM13,000 memang hot hari ni. Kebetulan pelanggan kami hari tu, peniaga Warung di Gerai bukit Angin, Temerloh. Bila ditanya gerai siapa yang kenakan charge yg tak masuk akal tu, diorang jawap

Friday, April 8, 2011

Cara Membuat Telur Tiruan



Kita memang terdedah dengan barang tiruan seperti beg, baju, seluar, jam tangan, telefon serta pakaian dalaman. Bagi golongan berpendapatan rendah tetapi mempunyai nafsu yang tinggi untuk memiliki barangan berjenama, barangan tiruan sudah menjadi trend untuk bergaya. Aku pun serupa. Namun apabila Buletin Utama TV3 sebentar tadi menyiarkan berita mengenai "telur tiruan" aku berkata dalam hati, ini dah melampau. Berikut adalah petikan laporan yang di terima melalui email.

Telur goreng, telur rebus, atau apa sahaja jenis masakan berasaskan telur merupakan menu ringkas kegemaran ramai. Tapi berhati hati lah ketika membeli telur terutamanya yang diimport dari China. Sebab telur telur ni dibuat di dalam makmal menggunakan bahan kimia.
Bukan itu saja, malahan kat China siap ada sekolah lagi untuk mengajar sesiapa yang berminat dengan proses pembuatan barang tiruan termasuklah telur ayam tiruan. Dan di katakan kelas untuk membuat telur tiruan mendapat sambutan yang paling menggalakkan.
Percaya atau tak untuk menghasilkan telur, ayam sudah tak diperlukan lagi. Tapi itulah hakikatnya di sana. Jom tengok proses pembuatan telur tiruan ni.
 
Bahan-Bahan Untuk Membuat Telur Tiruan:


  • Asid Benzoic
  • Kalsium Klorida
  • Selulosa
  • Alum
  • Asid Amino
  • Pewarna Makanan
  • Sodium alginate
  • Gelatin
  • Glucolactone
 
1 : ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida + Pewarna Makanan = Untuk telur kuning
2: ‘Magic Water’ yang mengandungi Kalsium Klorida  tanpa pewarna makanan = Putih telur
3: Acuan untuk
4: Acuan untuk kuning telur
Step 1
Telur kuning dihasilkan daripada bancuhan Kalsium Kloride,air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) dan pewarna makanan ditambah untuk hasilkan warna kuning. Bancuhan tadi dimasukkan kedalam acuan (4) sebanyak 2/3 daripada isipadu acuan (4) tadi.
Step 2
Lepas telur kuning tadi dah beku keluar kan dan masukkan ke dalam acuan (3).  Bahagian acuan (3)  tadi dicelupkan kedalam bekas yang mengandungi Kalsium Klorida, air dan beberapa bahan kimia yang lain (‘Magic Water’) untuk menghasilkan lapisan putih telur. Biarkan telur selama 1jam untuk membeku dan  telur boleh dibasuh selepas itu.
Step 3
Dengan menggunakan benang, telur yang tadinya dah membeku direndam dalam larutan parafin. Yang ni untuk proses membentuk cengkerang telur.
Dan ini hasilnya tapi telur tiruan ini dikatakan lebih mudah pecah berbanding  dengan telur ayam biasa tu.Tapi kalau dari segi rupa memang saling tak tumpah. Rasanya pon lebih sedap dari telur ayam sebenar dan rasa sedap inilah punca keracunan makanan.
 
Dikatakan kos untuk membuat telur tiruan ini cuma 0.55 Yuan setiap sekilogram kalau nak dibandingkan kos untuk telur ayam sebenar ialah 5.6 Yuan sekilogram. Patut lah pon siap buat kelas buat telur tiruan sebab untung banyak kalau nak dibandingkan dengan telur ayam. Dan khabarnya, telur tiruan ni telah menyumbang kepada masalah keracunan makanan yang semakin meningkat di China.
So, hati hati lah time kita nak beli telur. Tak pasti sama ada telur tiruan ni dah ada di Malaysia atau belum.

Awas Telur Ayam Tiruan


Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.
Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.
Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

NONE

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.
Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.
"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.
Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu. 

Thursday, April 7, 2011

Rechargeable battery with built-in usb


The project designers Haimo Bao, Hailong Piao, Yuancheng Liu and Xiameng Hu, a rechargeable battery with built-in usb, charging electronic handheld device. In this case, the device can be used as the most common battery. 



Saturday, April 2, 2011

15 HEAD LINE BERITA YANG MENJADI SEJARAH

New York Times: "Titanic Karam setelah 4 jam merempuh bongkah ais" 16 April 1912:


Ini adalah salah satu dari sedikit berita utama yang tepat, hari dimana setelah tenggelamnya kapal Titanic. Wartawan di beberapa surat kabar lain masih dalam penyangkalan bahwa Titanic tidak akan tenggelam: The Daily Mirror melaporkan, "Semua orang selamat", dan Daily Mail, "Tidak ada nyawa yang hilang".


Daily Mail: "Kejatuhan Terbesar dalam Sejarah di Wall Street" 25 Oktober 1929:

Wall Street 1929, dipicu oleh ketidakpastian pertimbangan dari pemerintah mengakibatkan harga saham  menjunam ,ini adalah yang terburuk dalam sejarah Amerika. Pada  24 Oktober, lebih dari 12,9 juta saham di perdagangkan oleh pelabur yang panik.


The News Chronicle: "Hitler maut" 2 Mei 1945:



Pada  2 Mei 1945, The News Chronicle, yang kemudian menjadi Daily Mail, menerbitkan judul yang berani . Pada waktu itu, tak seorang pun yakin kalau berita ini benar. . Artikel itu mendakwa bahwa Hitler telah mati  dalam suatu serangan, namun kemudian yg terjadi adalah dia sebenarnya  membunuh diri di sebuah kubu bawah tanah di Chancery Berlin.

Daily Mail: "Perang Dunia Ke II Telah Berakhir" 8 Mei 1945

Headline ini muncul pada hari Sekutu Perang Dunia II menerima Nazi / Jerman menyerah. Ini menandai berakhirnya Perang Dunia ke II dan Adolf Hitler's Yang tewas


Chicago Tribune: "Pembunuh upahan membunuh Kennedy" 22 November 1963:

John F. Kennedy, Presiden ke-35 dari Amerika Serikat, dibunuh di Dallas, Texas. Lima tahun kemudian, saudaranya Robert Kennedy ditembak mati di Los Angeles Hotel.


Daily News: "Martin King Shot to Death: ditembak mati di Memphis" 5 April 1968

Berita mengejutkan ini diterbitkan setelah Martin Luther King, Jr ditembak dan dibunuh di Tingkat 2 lobi Lorraine Motel, Memphis, Tennessee ketika berusia 39-tahun


Evening Standard: "The First Footstep" jejak kaki pertama 21 Julai 1969:




Neil Armstrong menjadi orang pertama yang melangkahkan kakinya di bulan. Ketika ia menyentuh tanah, dia  menyatakan: "Itu salah satu langkah kecil untuk manusia, satu lompatan raksasa bagi umat manusia."


The New York Times: "Nixon Resigns" 9 Ogos 1974


Presiden Richard Nixon, takut terhadap tekanan setelah skandal Watergate, menjadi satu-satunya Presiden yang pernah mengundurkan diri dari jabatannya. Gerald Ford kemudian memaafkannya, tetapi ia tidak pernah benar-benar diampuni.

The Sun: "Raja Elvis tewas" 17 Ogos 1977:


Pada  16 Ogos 1977, "The King of Rock 'n' Roll" ditemui mati di lantai bilik 
mandi.



Los Angeles Times: "The Beatles John Lennon Dibunuh" 9 Desember 1980:


pada hari sebelum Headline ini terbit, John Lennon ditembak dari belakang empat kali oleh Mark David Chapman, seorang peminat yang telah megekorinya selama 3 bulan.


City Press: "Mandela Bebas Hari Ini" 11 Februari 1990



Nelson Mandela dibebaskan dari penjara, tempat tahananya selama 20 tahun. Pada 27 April 1994, Mandela dan ANC memenangkan pemilihan multi-racial


Daily News: "Diana maut" 31 Ogos 1997:


Puteri Diana maut setelah Mercedes Benz S280 merempuh dinding di terowong Pont de l'Alma , Paris. bersama Temannya Dodi Al-Fayed juga maut dalam kemalangan itu


Daily Telegraph: "Perang di Amerika 12 September 2001:

Pada  12 September 2001, , hanya satu berita mendominasi berita utama. Pada hari sebelumnya, teroris telah menawan empat pesawat jet berpenumpang komersial, dua di antaranya merempuh  Twin Towers dan ketiga ke Pentagon. "Perang Amerika" terpilih sebagai tajuk yang paling mengesankan dari 100 tahun terakhir.





Times Of India: "Kami melihat air laut datang, kami semua berlari. Tetapi tuhan hanya menyelamatkan sedikit 28 Desember 2004:




26 Desember 2004, gempa di lautan barat Sumatra, Indonesia, menghasilkan gelombang tsunami, yang membunuh lebih dari 225.000 orang di 11 negara.



New York Times: "Obama: Racial Barrier Falls " 5 November 2008:




Barack Obama, menjanjikan perubahan untuk Amerika Serikat, mengalahkan John McCain dalam pemilihan presiden 2008 menjadikannya presiden berkulit hitam yang pertama di Us. Ia kemudian dirasmikan pada  20 Januari 2009.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers