Tuesday, April 12, 2011

Ikan Patin Masak Temerloh RM13,000


Dah setengah hari duk berkerja di rumah pelanggan di Bukit Angin, Temerloh. Hari makin panas, tekak makin dahaga. Jadi aku dan sahabat ambil peluang keluar makan sekejap untuk menambah energi yang sudah sampai ke tahap kritikal. Sahabat mengajak ke Restoran Nasi Ayam namun aku tak berapa bersetuju. Panas-panas gini takde mood nak makan Nasi Ayam.

Kami singgah di Gerai nasi campur berhampiran Stesen Minyak Petronas berhadapan betul dengan Sungai Pahang. Setelah memesan air sirap bandung, kami memilih lauk masing-masing. Kata sahabat "ko jangan ambik ikan patin tu, nanti tak mampu nak bayor". Mak cik tuan kedai tu tersenyum jer. Katanya "bukan kat gerai ni yang charge sampai RM13,000 tu..nu kat jambatan sana". Oooooo..baru taw ni.

Cerita ikan patin RM13,000 memang hot hari ni. Kebetulan pelanggan kami hari tu, peniaga Warung di Gerai bukit Angin, Temerloh. Bila ditanya gerai siapa yang kenakan charge yg tak masuk akal tu, diorang jawap
"tak tau aje". Mungkin diorang tau siapa antara rakan-rakan seperniagaan mereka yang kena kan harga cam gitu tapi agaknya tak mau panjang-panjang cerita, diorang cover la tu. Nasib baik aku tak suka makan ikan patin, kalau tidak ada gak aku terkena. Masakan ikan patin kat sini memang mahal.Tapi tak lah sampai beribu-ribu lemon cam gitu. Setakat berbelas-belas Ringgit semangkuk tu biasa la. Kata peniaga-peniaga kat sana ikan patin tu bukan ikan patin pelihara dalam sangkar. Diorang hidangkan ikan patin muncung yang harganya beratus Ringgit se kilogram. Aku tak percaya langsung semua ikan patin kat Temerloh semuanya grad yang beratus Ringgit sekilogram pasal makcik yang kitorang makan tengahari tadi dah pecah lobang. Mana ada ikan patin muncung ke patin buah ke...seme ikan patin sangkar. Ikhlasnya makcik ni.

Brader yang charge harga melampau tu agak-agak le. Ko charge sampai puluh ribu kepada jentera-jentera parti masa kempen pilihanraya kecil Dun Kerdau dulu boleh la. Depa tu banyak duit. Kome ni insan biasa. Sekarang ni semua peniaga ikan patin tempoyak di Temerloh dah mengeluh kerana pelanggan dah jadi takut nak makan ikan patin tempoyak temerloh. Fobia wooi. Perkataan paling popular di Temerloh hari ini dah semestinya "Patin Temerloh RM13,000. Malu ooo kepada orang luar.

Penggemar ikan patin masak tempoyak pun lu orang kena hati-hati. Tanya dulu berapa harga. Ada tak letak tanda harga pada makanan. Kalau takde sebarang tanda harga, salah tu. Boleh la korang buat aduan ke Kementerian pengguna (KPDNKK ) . Biar diorang tahu sikit bahawa pengguna ada hak dan jangan sesuka hati diorang je nak boh harga sesedap rasa. Tapi apa-apa pun, makanan di Pahang ni memang mahal sikit kalau banding dengan Kuala Lumpur. Sebab tu aku sayang KL.

Salam.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers