Photo dari pkrpahangdm
Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak telah memperuntukan sebanyak 500 lot tanah bagi mengatasi masalah perumahan Generasi Kedua Felda di Johor. Ini adalah sebahagian dari RM1.6 Billion yang telah diluluskan kerajaan kepada Felda yang dianggarkan berjumlah RM5.8 juta. Berita ini disambut gembira oleh ribuan anak generasi kedua Felda di Johor.
Pengumunan ini bukan sahaja disambut gembira oleh masyarakat Felda malah ada berberapa pihak yang mula memperkatakan bahawa ini adalah satu umpan kerajaan untuk rakyat sempena Pilihan Raya Kecil DUN Tenang. Ada juga pihak yang menyatakan ini adalah kejayaan hasil usaha gigih oleh Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang dipimpin oleh Saudara Mazlan Aliman. Dalam Blog Tukul besi mengatakan PAS memanjat syukur kepada Allah kerana tuntutan untuk rakyat sudah di ambil berat oleh Datuk Seri Najib. Walaupun beliau mengumumkan sempena lawatan beliau ke Felda Chempelak dalam DUN Tenang. Apa yang pentingnya kerajaan sudah mula mengambil perhatian atas usaha gigih perjuangan ANAK selama ini.
Keputusan kerajaan mengambil berat masalah peneroka Felda kesan daripada kesedaran peneroka bahawa hak mereka selama ini dinafikan oleh kerajaan BN. Semuanya hasil perjuangan melalui wadah ANAK. PAS yakin keputusan ini dibuat terutama sambutan di kalangan masyarakat Felda amat menggalakkan, ditambah dengan janji 100 hari Pakatan Rakyat yang akan menghapuskan Felda Plantation