Kepada seluruh warga Jengka 13 baik di dalam ataupun berada diluar negeri Pahang sila lah berkunjung ke laman Kerabat Jengka 13 melalui Facebook. Laman sembang ini di terbitkan oleh salah seorang Gen-2 warga Jengka 13 iaitu En Ishak Mat Piah, dengan tujuan mendengar dan berkongsi permasalahan masyarakat setempat demi kemajuan bersama. Setelah berberapa kali berdialog di alam maya, Saudara Ishak mencadangkan agar satu blog khusus untuk Kerabat Warga Jengka 13 diujudkan. Satu usaha yang sangat mulia dan wajar jika dipandang secara serius tentang pengumuman CEO Facebook, Mark Zuckerberg yang akan menutup operasi Facebook mulai 15 Mac ini.
Aku berharap sangat agar blog yang bakal muncul nanti bukan sekadar menjadi medium untuk berkongsi cerita sensasi ataupun ada individu opportunist menjadikannya sebagai platform untuk menjual pakaian dan sebagainya tetapi biarlah ianya menjadi seakan-akan sebuah stesen berita untuk semua warga Jengka 13. Untuk menjadikannya relevan kepada warga, perlunya ada penglibatan serius dari Pegawai Kawasan, Tok Ketua Kampung, ahli-ahli persatuan dan pertubuhan, Ketua dan Naib Ketua Persatuan Belia tempatan serta ahli-ahlinya, Ahli-ahli Biro Kebajikan yang dilantik jika ada dan yang paling utama adalah penglibatan menyeluruh Ayahanda-ayahanda kita juga tak ketinggalan warga Gen2 di seluruh pelusuk tanahair. Tanpa sokong semua pihak ini, apa yang kita laungkan dan perjuangkan umpama suara halus berteriak dari seberang sungai Pahang. Tidak mungkin kita dapat menerima respon yang dimahukan.
Pendapat aku, kalau boleh jadikan Blog ini umpama sebuah persatuan yang kuat, dibarisi oleh individu yang berpendirian tetap,berani bersuara, berani gagal, berinovasi, dan yang paling penting sekali amanah dan telus.
Semoga usaha Saudara Ishak ini

